I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 5 September 2009

♥ Meneroka Alam Percintaan ♥


Meneroka Alam PercintaanAlam percintaan adalah alam yang dilalui oleh hampir kesemua individuAlam percintaan adalah alam yang dilalui oleh hampir kesemua individu. Ia berlaku apabila individu itu mempunyai pasangan untuk dating.


Pada dasarnya, ia adalah suatu fasa masa yang dilalui oleh pasangan bercinta bagi menyelami hati budi masing-masing, memastikan kesesuaian untuk dijadikan pasangan hidup dan meningkatkan kemesraan bagi memudahkan penyesuaian apabila memasuki alam perkahwinan. Ia selalu digambarkan dengan kemanisan, kebahagiaan, keseronokan dan lain-lain perkara yang indah-indah. Namun, terdapat juga individu yang sering terpedaya dengan keindahan alam percintaan. Kerana hipokrit, sikap dan tingkah laku buruk tidak dipertontonkan.


Jika ada pun, pasangannya menganggap ia sesuatu yang remeh dan boleh dipertimbangkan kemudian.Keasyikan bercinta membuatkan mereka ini memberi tumpuan kepada perkara yang baik dan manis sahaja. Malah, akibat terlalu menurutkan nafsu, ada yang terjerumus ke kancah keruntuhan moral yang begitu menjijikkan. Begitulah antara senario alam percintaan yang cukup hebat pengaruh serta kesannya ke atas keseluruhan kehidupan seseorang individu.



♥Jom Rileks : Kisah Saya Sayang Awak ♥

Hari tu kita gaduh,saya main-main, awk ingat betul-betul, tak tahu nak buat macam mana lagi, Biarlah...

Semalam kita berselisih faham, saya buat tak peduli saja, awak pandang saya, saya buat tak peduli juga, degilnya saya..

Saya nampak awak, saya nak panggil awak, tapi awak tak toleh, sebab saya panggil awak dalam hati, bodohnya saya..

Awak tegur saya, saya buat tak tahu, tapi awak tak tahu happynya saya, saya dengar awak cerita, awak kata dah jatuh cinta, sedihnya saya..

Awak keluar tengok wayang, saya pun..

Awak keluar dengan dia, saya tengok saja..

Awak call saya, mengacau betullah, tengah tidurlah,saya layankan saja..

Awak cakap awak dah putus, saya senyum sampai ke telinga, tapi awak tak nampak, saya cakap, kesiannya awak..hipokritnya saya..

Hari ini hari jadi saya,tapi awak lupa, saya sedih, tapi tak apa..

Awak bukannya sesiapa..awak minta maaf, saya senyum saja, saya kata tak kisah..

Awak belanja tengok national treasure, ish..tak romantiknya, tapi seronok apa, saya dapat bunga, cantik..suka sangat..tapi tak tahu sapa pengirimnya, awak nampak.. awk terus balik.

Saya panggil awak, tapi awak tak toleh, saya cuma nak beritahu..awak..LORI..saya kejar awak, awak terus jalan, saya tolak awak, awak jatuh, saya nampak lori, betul-betul depan saya, kalau la sempat, saya nak beritahu...Awak..SAYA SAYANG AWAK!!!!!





♥ Anda Ingin Bercinta? ♥

Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :


1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.

2. Apa matlamat Anda bercinta?

Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga.

Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa.

Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta?

* Kerana ALLah?* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?* Kerana empunya diri itu sendiri?* Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?

* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?

* Seminggu?* Sebulan?* Tiga, empat tahun?* Sehingga habis belajar?* Cinta hingga ke akhirat?Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..

6. Kos Cinta

* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,* Masa yang anda korbankan untuk sidia* Hati dan perasaan



♥ Jom Rileks : Kisah Kasih Dan Sayang ♥

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.

Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.

Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.




♥ Jenis Cinta : Cinta Kepada Ibu dan Bapa ♥

Ayah dan ibu merupakan orang yang terpenting di dalam kehidupan kita. Dengan izin Allah, kita telah lahir ke dunia ini melalui perantaraan ibu bapa kita. Islam meletakkan kedudukan yang tinggi kepada ibu bapa kita dan memeritahkan kita untuk menghormati, menyayangi dan berbakti kepada ibu bapa kita.

Firman Allah S.W.T dalam suran An-Nisa’ ayat 36 yang bermaksud,

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada ibu bapa…”

Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.

Redha Allah juga terletak pada redha kedua ibu dan bapa. Jika kedua-dua ibu dan bapa tidak redha kepada kita, maka Allah tidak akan redha kepada kita.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan:

“Menjadi kewajipan seorang muslim untuk mendengar dan taat dalam perkara yang disukai mahupun yang dibenci selagi mana ia tidak melibatkan maksiat. Maka jika disuruh untuk melakukan maksiat maka tidak perlu mendengar dan tidak perlu mentaatinya



♥ Langkah Mengawal Cinta Remaja ♥

Cinta ketika remaja, adakah ia perlu, harus atau tidak? Terdapat pelbagai pendapat tentang hal ini namun bagi kami, cinta sesama insan ketika remaja boleh dijalinkan asalkan masing-masing tahu batasan dan mengawal perasaan cinta itu daripada menyimpang dari landasan yang sepatutnya.

♥♥♥♥

Perasaan untuk mencintai dan dicintai memang tidak dapat dielakkan oleh semua insan terutamanya bagi remaja. Perhubungan ini seharusnya membawa kesan yang positif bagi remaja kerana mereka mempunyai pendorong untuk memberi galakan atau persaigan dalam bidang pelajaran selain daripada ibu bapa mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka.

♥♥♥♥

Pelbagai pihak seperti ahli keluarga, organisasi masyarakat dan pihak kerajaan juga perlulah memainkan peranan dalam mengawal cinta remaja ini. Kerjasama yang terjalin antara pihak-pihak tersebut akan mewujudkan suasana perhubungan yang harmoni antara semua lapisan masyarakat.

♥♥♥♥

Masih ramai yang tidak mengetahui apa itu cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjing pelamin. Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada kekecewaan. Di sinilah perlunya peranan yang perlu dimainkan oleh pihak-pihak terbabit agar cinta remaja ini dapat dikawal dan seterusnya menuju matlamat yang lebih baik.

♥♥♥♥

Ahli keluarga terutamanya ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dalam mengawal gejala cinta remaja. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah mengingatkan anak-anak mereka agar lebih mengutamakan pelajaran, keluarga atau perkara-perkara lain yang lebih penting di dalam hidup mereka selain daripada perasaan cinta kepada pasangan masing-masing. Ibu bapa juga perlulah mengawasi anak-anak mereka agar tidak terjebak ke dalam kancah cinta yang tidak sihat. Pendidikan agama perlulah dititikberatkan oleh penjaga agar para remaja tidak terpesong dalam mentakrif definisi cinta.

♥♥♥♥

Selain itu, anggota masyarakat juga memainkan peranan penting dalam mengawal cinta remaja. Antaranya, mengadakan kelas keagamaan kepada para ibu bapa bagi membimbing anak-anak mereka dalam menjalani usia remaja mereka. Kerajaan juga perlulah melaksanakan langkah-langkah yang proaktif bagi mengawal cinta remaja ini. Sebagai contoh, pelaksanaan matapelajaran sejarah dan pendidikan moral perlu dipertingkat ke tahap yang lebih baik bagi mengawal cinta remaja dengan memberi didikan agama secukupnya. Hal ini penting bagi mengelakkan para remaja terjebak ke dalam kancah yang tidak sihat.

♥♥♥♥

Namun begitu, remaja sendiri haruslah mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak melanggar batasan adat timur dan agama semasa bercinta. Mereka seharusnya tidak mengikut perasaan remaja mereka dan sama-sama belajar untuk menjadi orang dewasa yang lebih baik. Sesuatu perhubungan itu haruslah menuju tujuan yang baik dan bukannya berlandaskan perasaan suka-suka..

♥♥♥♥

Jumaat, 4 September 2009

♥ Jenis Cinta : Cinta kepada Rasul dan Agama ♥

Allah S.W.T berfirman, yang bermaksud:

Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang- orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman."

Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah. Jika di dunia sayangkan nabi, Insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti. Hati yang dalam kecintaannya terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu . Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak. Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda. meskipun baginda sudah wafat. Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda. Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.


“Barang siapa menghidupkan sunahku maka sungguh dia telah mencintai aku. Barang siapa mencintai aku maka dia mesti bersamaku di syurga.” Jadi cinta kepada Rasulullah SAW itu dapat diapresiasikan melalui pengamalan terhadap sunah-sunahnya, penghayatan kepada sirahnya dan mencontohi akhlaknya. Sunah-sunah tersebut adalah semua hal baik ucapan mahupun perbuatan yg disandarkan kepada Rasul SAW. Cinta kepada agama dan Rasul dapat dipupuk melalui amalan-amalan tersebut bahkan cinta yang disemi tersebut akan bertambah utuh.