I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 5 September 2009

♥ Perlakuan orang Bercinta ♥

Apakah perlakuan orang bercinta?




Semasa bercinta, terdapat beberapa perlakuan yang lazim dipamerkan oleh kedua-dua pasangan bagi menunjukkan rasa cinta masing-masing. Bagi individu yang suka berterus terang, mereka akan menyatakan perasaan cinta secara lisan tanpa berselindung supaya mesej yang disampaikan adalah jelas.

Namun, ada juga individu yang tidak selesa untuk berterus terang, lalu hasrat cinta dilafazkan secara perlahan-lahan semasa berkomunikasi berkenaan isu seperti perkongsian maklumat diri dan juga kisah semasa ataupun dengan menunjukkan perasaan cinta secara kebendaan contohnya, menghadiahkan bunga mawar ataupun kereta mewah ataupun memberikan wang ringgit.

Ada juga yang menunjukkan perasaan cinta secara bukan kebendaan contohnya, menyokong pendapat ataupun menghormati pendirian. Selain itu, terdapat juga yang tidak menyatakan sebarang perasaan cinta, berkomunikasi secara intim atau memberikan hadiah, namun menunjukkan rasa cintanya dilahirkan dengan mendekatkan jarak fizikal apabila mengadakan temu janji (berada pada jarak yang lebih hampir berbanding sebelum bercinta).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan