
• Bagi Individu
BerkenaanAkibat atau kesan jangka pendek dan jangka panjang. Bagi individu yang berkenaan ialah akan berada dalam keadaan atau kedudukan emosi yang tidak tetap dan menjadi terlalu sensitif. Individu tersebut mudah curiga kepada teman, sahabat, aktiviti, pekerjaan, bahkan keluarga pasangannya.
Selain itu dia menjadi mudah marah, cepat tersinggung dan bagi sebahagian orang bahkan ada yang sanggup bertindak agresif dan kasar demi mengendalikan keinginan dan kehidupan pasangannya. Pasangannya tidak diizinkan untuk mempunyai agenda tersendiri; pada dasarnya harus mengikuti keinginannya dan seratus peratus memperhatikannya.
Individu tersebut juga mudah merasa lemah, pesimis dan rimas. Sebabnya ialah seluruh tenaganya sudah digunakan untuk mengawal ketakutan yang tidak beralasan dan melakukan tindakan untuk mengawal sempadan pertahanannya. Jadi, kehidupan sedemikian akan membuatkan dirinya menjadi manusia yang tidak produktif. Sehari-hari yang difikir dan diusahakannya hanyalah bagaimana supaya miliknya terjaga rapi tanpa sebarang gangguan penceroboh.

• Bagi Pasangan
Ramai orang yang tidak sedar bahawa dirinya terlibat dalam pola hubungan yang ´addictive´ sehingga akhirnya ia merasa ´stress´, tertekan namun tidak berani atau takut atau tidak bertenaga untuk memutuskan hubungan yang sudah berjalan beberapa waktu.
Bagi sebahagian orang yang cukup sedar dan mempunyai kekuatan peribadi, ia akan berani mengambil sikap tegas dalam menentukan arahnya sendiri. Namun, ramai pula orang yang memilih untuk tetap dalam lingkaran ´demand-supply´ tersebut kerana ternyata dirinya sendiri juga mengalami masalah dan keperluan yang sama.
Jika demikian halnya, maka hubungan yang ada bukannya mengembang dan mendewasakan kedua-dua belah pihak, malah semakin memperkuatkan kebergantungan cinta kedua-duanya. Situasi inilah yang sering dikaburkan dengan hubungan yang romantis dan cinta buta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan