I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 8 September 2009

♥ Kesan Negatif Bercinta ♥


Penyebab kepada berlakunya gejala kemurungan

Gejala kemurungan juga merupakan antara kesan perasaan cinta dalam kalangan remaja. Gejala kemurungan ini akan berlaku sekiranya hubungan cinta yang dijalin terputus di pertengahan jalan. Akibat daripada kekecewaan ini akan memberi tekanan kepada remaja seterusnya mengakibatkan berlakunya gejala kemurungan.

Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan oleh Dr Ajif Narib, seorang penyelidik di Universiti Perubatan Carolina Selatan menyatakan bahawa gejala kemurungan seperti mood yang tidak baik, hilang motivasi dan selera makan ialah perkara biasa yang dialami berikutan putus cinta atau kematian orang tersayang.

Hasil penyelidikan ini juga menyatakan bahawa wanita berkemungkinan dua hingga tiga kali untuk mengalami kemurungan berbanding lelaki.
Laporan oleh saintis Amerika juga mendapati kekecewaan yang dirasakan wanita selepas berakhirnya hubungan romantik dengan pasangan masing-masing boleh memberi kesan kepada otak. Impaknya, ini akan menyebabkan penurunan mendadak dalam aktiviti sel otak dalam bahagian otak yang mempunyai kaitan dengan emosi, motivasi dan perhatian.


Peningkatan kes bunuh diri

Salah satu daripada kesan negatif cinta remaja ialah menyumbang kepada peningkatan kes bunuh diri disebabkan perasaan kecewa yang teramat apabila sesuatu perhubungan tersebut berakhir dengan kegagalan.

Statistik menunjukkan, bagi tempoh 15 tahun yang lalu, terdapat seramai tujuh hingga 12 orang daripada setiap 100,000 penduduk Malaysia mati kerana membunuh diri. Malah data yang dipetik sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam usaha membantu menangani kes ini, mendakwa terdapat sekurang-kurangnya tujuh kes bunuh diri sehari di Malaysia.

Ramai di antara remaja yang sanggup membunuh diri terutamanya apabila cinta yang dijalin terputus di pertengahan jalan. Hal ini berlaku apabila remaja terbabit begitu taksub dengan cinta sehingga sanggup meletakkan cinta kepada seseorang mengatasi segala-segalanya. Sebagai contoh, akhbar tempatan ada melaporkan berkenaan cubaan bunuh diri oleh seorang anak gadis gara-gara kecewa hanya kerana dimarahi teman lelakinya.

Berdasarkan kes ini, dapat dibuat satu kesimpulan bahawa tahap keimanan dalam kalangan sesetengah anggota masyarakat muslim yang terlalu lemah dan rapuh sehinggakan alasan dan sebab yang remeh di jadikan sebab untuk menderhaka kepada Allah S.W.T.


Menyumbang kepada peningkatan kes remaja lari dari rumah

Selain itu, cinta remaja juga dilihat sebagai salah satu daripada penyumbang kepada peningkatan kes remaja lari dari rumah. Remaja lari dari rumah merupakan satu masalah yang baru di kalangan masyarakat kita hari ini.

Masalah ini menjadi satu gejala yang begitu sukar untuk dibendung malah semakin berleluasa dalam kalangan anak-anak mahupun pelajar sekolah.
Walaupun pelbagai langkah telah diusahakan oleh pihak-pihak tertentu namun masalah ini tetap berlaku.

Ketaksuban cinta remaja lebih-lebih lagi apabila cinta yang dijalin atas dasar suka sama suka ini mendapat tentangan oleh keluarga mampu mendorong remaja untuk nekad melakukan perbuatan yang di luar jangkaan iaitu lari dari rumah. Remaja perempuan pada hari ini begitu tegar lari meninggalkan rumah dan ibu bapa semata-mata untuk mengikut kekasih hati lebih-lebih jika hubungan cinta tersebut tidak direstui keluarga.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, tiga punca utama remaja lari dari rumah ialah mengikut kekasih, pengaruh kawan dan keinginan untuk bebas. Sebanyak 6,270 kes dicatatkan sejak 2004 hingga Mei tahun ini. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan bahawa, terdapat kes remaja lari mengikut teman lelaki yang membabitkan remaja perempuan seawal usia 10 tahun, manakala peringkat umur 14 dan 17 tahun mencatatkan kes paling ramai iaitu 4,097 orang.


Peningkatan kes seks luar nikah

Kajian akhbar i-Kon yang dijalankan ke atas 100 orang remaja di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam, berusia lingkungan 15 tahun hingga 30 tahun menyatakan bahawa sebanyak:

-57 peratus remaja mengaku pernah bercium.
-69 peratus pernah berpeluk dengan teman istimewa
-80 peratus remaja berpegang tangan dengan teman istimewa

Hal ini jelas menunjukkan bahawa para remaja masa kini tidak mengendahkan lagi nilai tatasusila dan adat timur yang dipegang oleh masyarakat sejak sekian lama. Hubungan intim dengan pasangan bukan muhrim sudah menjadi kebiasaan dan bukan sesuatu yang menjadi larangan agama. Sikap liberal remaja ini sangat mengejutkan dan seharusnya membuka mata banyak pihak akan kesannya kepada institusi masyarakat khasnya.

Mengikut Tinjauan Seks Sejagat Durex 2004 yang membabitkan 350,000 responden dari 41 negara, seseorang remaja mula melakukan hubungan seks buat pertama kali antara usia 16 tahun dan 20 tahun atau purata usia 17.7 tahun. Secara purata di Malaysia, didapati remaja melakukan seks kali pertama pada usia 19.3 tahun berbanding 20 tahun pada 2001
.


Meningkatkan jumlah pengguguran haram

Kesan daripada perasaan cinta ini, para remaja cenderung menghalalkan apa yang haram dan menyebabkan sesuatu yang tidak sepatutnya terjadi akan berlaku. Para remaja yang terlanjur lalu hamil anak luar nikah cenderung mengambil jalan menggugurkan kandungan bagi mengelakkan masalah-masalah seperti malu, dipulaukan masyarakat, dan tekanan kerjaya. Menggugurkan kandungan dilihat sebagai jalan selamat bagi menyembunyikan kehamilan dan mengelakkan perasaan malu.

Di Malaysia, pengguguran adalah sesuatu yang diharamkan. Malah semua agama sama ada Islam, Kristian, Buddha, Hindu, dan lain-lain mengharamkan pembunuhan dalam kandungan atau pengguguran.

Selain dari pengguguran, para remaja juga sanggup membuang bayi yang telah dilahirkan semata-mata untuk menutup malu. Tempat-tempat pembuangan bayi lazimnya di dalam tong sampah, di belakang pasaraya, di surau, di dalam semak, di dalam tandas, di perhentian bas dan sebagainya.

Di US, dua badan utama iaitu Federal Centers for Disease Control (FCDC) dan Alan Guttmacher Institute (AGI), telah mengumpulkan data kes pengguguran anak yang menunjukkan bahawa jumlah nyawa yang dibunuh dalam kes pengguguran di US iaitu hampir 2 juta kes. Kes penggugguran janin tersebut lebih banyak dari jumlah nyawa manusia yang dibunuh dalam mana-mana peperangan dalam sejarah negara itu.



♥ Kesan Positif Bercinta ♥


Meningkatkan Prestasi Pelajaran

Salah satu daripada kesan positif cinta kepada remaja ialah dapat membantu dalam meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Melalui hubungan cinta yang terjalin akan membolehkan mereka mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Malah mereka juga akan saling cabar-mencabar dan bersaing antara satu sama lain bagi membolehkan masing-masing mencapai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran, Mereka jadikan pasangan cinta mereka sebagai satu saingan positif mereka ke arah pencapaian yang lebih baik.


Membawa Perubahan Sikap Dan Tingkah Laku

Selain itu, cinta juga mampu membuatkan seseorang remaja itu berubah. Istilah berubah yang dimaksudkan di sini ialah perubahan sikap atau tingkah laku daripada yang kurang elok kepada yang lebih elok. Terdapat sesetengah remaja yang mampu meninggalkan tingkah laku atau pun tabiat yang kurang menyenangkan hanya apabila ditegur oleh pasangan masing-masing. Sebaliknya apabila ditegur oleh ibu bapa mahu pun keluarga langsung tidak diendahkan mereka. Lazimnya, seseorang remaja lelaki mampu mengurangkan atau meninggalkan terus tabiat merokok walaupun sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka hanya apabila diminta oleh pasangan cinta mereka. Hal ini dilihat sebagai antara kesan positif terbaik cinta remaja kerana sebagaimana yang kita sedia maklum tabiat merokok bukanlah satu amalan yang mampu mendatangkan faedah.


Memberi Semangat Dan Kekuatan

Di samping itu, melalui hubungan cinta remaja yang terjalin ini juga seolah-olah dapat memberikan satu sinar harapan kepada remaja untuk terus tabah menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Hal ini akan lebih dirasai oleh remaja yang kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapa kesan daripada keruntuhan institusi kekeluargaan. Perceraian ibu bapa telah menyebabkan anak-anak terbiar tanpa mendapat kasih sayang yang sewajarnya. Akibat daripada faktor inilah yang telah mendorong remaja untuk mendapatkan kasih sayang daripada pihak luar melalui hubungan cinta yang dijalin.



Ahad, 6 September 2009

♥ Jom Rileks : Cerpen Aku Tanpa Cintamu ♥

AKU TANPA CINTAMU Lirik lagu nasyid, juga lagu layar keinsafan mungkin amat sesuai menggambarkan rasa keinsafan di hati Zayanah sekarang. Zayanah sering meratapi kekhilafannya dan merenung masa depannya yang gelap hasil perbuatannya sendiri.Tanpa diduga gadis yang selama ini amat menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, prinsipnya yang dipegang teguh selama hidup di bumi Allah, hancur begitu sahaja kerana amat rapuhnya iman seorang perempuan yang bergelar remaja.



Tawaran untuk ke sebuah universiti awam di tanah air sedikit melegakan hatinya yang luluh kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Zayanah tetap teguhkan hatinya untuk terlibat dalam bidang kejuruteraan. Dalam bidang kejuruteraan, sudah semestinya kaum adam lebih mempelopori bidang ini. Hati Zayanah sedikit cemas dan tidak selesa dengan keadaan barunya kini, kerana dia terpaksa bercampur dengan kaum adam untuk mencari ilmu. Namun dia percaya, selagi niat untuk mencari ilmu Allah dipegang, Allah akan melindunginya. Memang Zayanah mengakui, dia amat mudah tertarik dengan lelaki yang berpewatakan alim. Walaupun selama ini, Zayanah tidak pernah bergaul dengan lelaki, malah tidak pernah bercakap dengan lelaki, kerana dia memang dikenali dengan sifat pemalunya dan amat pasif semasa di alam persekolahan lagi, membuatkan ramai yang tidak berani untuk mendekatinya. Tetapi jauh di sudut hati seorang perempuan, dia inginkan kasih sayang seorang lelaki kerana dari kecil dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah malahan adik beradik lelaki kerana Allah lebih menyayangi abinya dan tiga orang abangya , yang meninggal akibat terlibat dalam sebuah kemalangan semasa Zayanah masih dalam kandungan umminya.



Perkenalannya dengan seorang senior lelaki atas dasar ingin menolong dalam pelajaran memusnahkan segalanya. Sidqi merupakan pelajar tahun akhir di universiti tersebut , berperwatakan amat alim dan banyak memberi nasihat kepada Zayanah, sedikit sebanyak telah menambat hati seorang mar’atus. Namun ketahuilah jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan. Iblis akan memerangkap anak cucu Nabi Adam as. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita amat lemah menghadapi tipu daya Iblis, lebih-lebih lagi pada zaman remaja. Memang pada awalnya tidak bersua muka, hanya bertanya khabar melalui internet, kemudahan teknologi kini banyak disalahgunakan pelajar sekarang, contohnya seperti Skype, YM, Gtalk dan sebagainya.



Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya? Inilah yang terjadi kepada kedua-dua mereka. Dimulakan dengan senyuman pertama semasa pertemuan pertama mereka di perpustakaan, telah menyulam kuntuman cinta dalam hati kedua-dua mereka. Perwatakan sopan dan lembut Zayanah telah menambat hati Sidqi. Hampir dua bulan perkenalan mereka, Sidqi telah memberanikan dirinya menyatakan hasrat cinta kepada Zayanah, mudah sekali syaitan telah meruntuhkan keimanan dihatinya, Zayanah pula yang sudah lama menantikan putera agamanya itu, dengan mudahnya menerima hasrat hati Sidqi. Maka bergembiralah syaitan kerana telah dapat meruntuhkan iman mereka. kononnya dengan harapan dapat menyemai cinta Islamik. Mereka telah berjanji untuk saling mengingatkan dan menjaga batas perhubungan mereka. Zayanah telah berkali-kali mengingatkan Sidqi untuk mengikat tali pertunangan jika benar-benar ikhlas terhadap dirinya, namun Sidqi memberi alasan untuk menghabiskan semester akhirnya dahulu barulah dia akan meminang Zayanah. Zayanah yakin dengan kata-kata Sidqi. Perhubungan mereka berjalan lancar sepanjang semester dan dengan bantuan Sidqi, Zayanah telah dapat sedikit minat untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan yang amat tidak disukainya dulu. Dengan bantuan Allah, mereka telah dapat menjawab soalan peperiksaan untuk semester itu dengan cemerlang.



Syaitan amat bijak dan pelbagai cara digunakan untuk meruntuhkan niat suci mereka, bercinta untuk mencari keredhaan Allah. Maka, terjadilah satu detik hitam dalam hidup kedua mereka, kerana mereka berasal dari negeri yang sama, Sidqi telah mengajak Zayanah untuk balik cuti semester ke kampung dengan menaiki keretanya. Pada mulanya Zayanah menolak pelawaan Sidqi, tapi apabila Sidqi memberi alasan hanya untuk teman berbual dan menghilangkan rasa mengantuk semasa memandu kereta, Zayanah menerima pelawaan buah hatinya itu, sayanglah katakan. Bila berdua-duaan, maka muncullah yang ketiganya, iaitu syaitan laknatullah, memujuk nafsu mereka. Maka terperangkaplah dua insan yang berkasih-sayang. Zayanah dan Sidqi telah hanyut ditelan nafsu . Sejak kejadian itu, Sidqi yang telah tamat pengajiannya di universiti itu telah menjauhkan diri daripada Zayanah dan meninggalkan Zayanah tanpa khabar berita, dengan alasan menyesal dan ingin bertaubat.



Bermula semester baru, Zayanah yang pada masa itu baru sahaja tahun dua pengajiannya, terpaksa menangguhkan pengajiannya selama setahun kerana mengandung hasil daripada perhubungan kotor mereka. Namun sesalan tidak berguna lagi, keluarganya tidak dapat menerimanya lagi dan tinggallah Zayanah terkapai-kapai dalam penyesalan seorang diri. Dengan jasa baik sahabat karibnya, Amilah, Zayanah menumpang di rumahnya sehingga dia melahirkan seorang cahaya mata lelaki. Zayanah sentiasa tertanya-tanya, masih adakah insan yang dapat menerima dirinya yang sudah tidak suci. Kerana dia tahu, penzina hanya untuk penzina, lelaki yang baik untuk wanita yang baik, dan sebaliknya. Kini Zayanah berada dalam tahun akhir pengajiannya di universiti tersebut, memang perit untuk Zayanah kerana dalam masa yang sama, dia terpaksa bekerja untuk menyara anak lelakinya, satu-satunya buah hatinya kini. Penyesalan tidak berguna lagi. Begitulah kita jika tanpa cinta kepada Allah, jika hanya mengharapkan cinta insani, mudah hanyut dan termakan pujuk rayu syaitan. Nau’zubillah..



PENGAJARANNYA(TAZKIRAH SEORANG SAHABAT) Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia, ia telalu mulia. Kalau begitu, adakah cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru, bukankah mereka ini semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!









Sabtu, 5 September 2009

♥ Love Is Cinta ♥


Cinta?
Apa itu cinta?
Yang aku tahu cinta itu lahir dari hati...
Tapi betul ke?
Macamana rasanya?
Manis?
Pahit?
Tawar?
Pelik la ada yang kata manis...
Ada juga yang kata pahit...
Mana satu yang betul ni?
Dan pada siapa kita patut jatuh cinta?
Pada allah...
Pada rasul...
Pada ibu bapa...
Pada kawan-kawan...
Peningnya kepala fikir pasal cinta ini!!!





♥ Zaman Remaja, Zaman Mencabar ♥



Zaman remaja ialah zaman yang penuh pancaroba. Perubahan emosi,fizikal dan seksual di peringkat ini ialah antara pendorong kepadaremaja meneroka satu dimensi baru dalam alam mereka, iaitu alampercintaan.

Bagi remaja yang baru melangkah ke alam ini sering kali berasa serbasalah. Sungguhpun mereka berasa seronok dibuai perasaan olehpengalaman baru ini, mereka juga berasa bimbang dengan cabaran yangbakal mereka tempuhi. Banyak berita di pelbagai media melaporkantentang akibat remaja yang bercinta seperti lari dari rumah,dijadikan pelacur, malah ada yang membunuh diri dan seumpamanya.Namun, benarkah perasaan cinta yang baru berputik di dalam jiwaremaja hanya membawa keburukan dan kemusnahan kepada diri remaja?



Ramai pihak berpendapat bahawa sebenarnya cinta remaja boleh membawakesan yang positif kepada mereka. Malah, perasaan cinta itu bolehmenjadi pendorong kepada remaja untuk berjaya dalam pelajaran. Dalamhal ini remaja perlu tahu batas-batas dalam melayani perasaan cintamereka dan juga cara-cara mengendalinya secara positif.

Menurut Kaunselor Unit Kerjaya dan Kaunseling, Universiti TeknologiMara, (UiTM), Rokiah Mahmod, cinta remaja adalah sesuatu yang tidakdapat dielakkan.
“Setiap manusia dianugerahkan fitrah ini dan remaja tidak terkecualimengalaminya.
“Kasih sayang dan cinta yang dipupuk pada peringkat ini adalah satupermulaan kepada remaja mengenali individu lain selain keluarga.Pengaruh rakan sebaya ialah antara pendorong kepada penguranganpenggantungan kepada ibu bapa,” katanya
.


Sehubungan itu, beliau berkata, hubungan yang rapat antara dua remajaakan menimbulkan perasaan kasih sayang yang membawa kepada sikapmenghormati, dan mengambil berat antara satu sama lain.

“Keserasiaan ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dalammeningkatkan penguasaan pelajar dalam pembelajaran apabila timbulsatu persaingan yang sihat antara kedua-dua remaja tersebut,” katanya.

Perkongsian pendapat, ulang kaji dan latihan dalam setiappembelajaran yang dilakukan bersama dilihat dapat membantu remajayang bercinta untuk mendapat kejayaan yang diimpikan dalamperhubungan itu.


Menurut Rokiah lagi, walaupun remaja mempunyai hak untuk bercinta,batasan pergaulan yang ditetapkan dalam agama harus diambilkira dalammemastikan hubungan yang berasaskan kemurnian dan keikhlasan yangsejati.

Persoalan cinta remaja ini juga menjadi perhatian serius LembagaPenduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPKPKN). Bagi membanturemaja mengendali diri dalam menghadapi cinta, LPKPKN telahmenganjurkan Kursus Naluri Cinta Remaja baru-baru ini.
Kursus ini ialah sebahagian daripada Kursus Bersiri PembangunanKeluarga yang memberi pengetahuan yang berguna mengenai cinta kepadaremaja, ibu bapa dan pihak lain yang berminat.

Menurut Pegawai Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan PerkhidmatanMaklumat, LPPKN, Fouziah Hanim, objektif kursus ini antara lain untukmemberi kefahaman dan pendedahan tentang aspek psikologi cinta danhubungannya dengan remaja.


“Melalui kursus ini juga, pihak terbabit termasuk remaja dapatdibimbing untuk mengurus dan mengelola diri dalam menangani isu cintadengan lebih bijak dan matang,” katanya.
Fouziah yang juga pemudahcara kursus terbabit berkata, cinta diperingkat remaja agak kompleks kerana pada masa itu remaja mengalamisatu proses perubahan dari alam kanak-kanak ke alam remaja yangmembawa kepada pelbagai konflik dalaman yang unik.

“Oleh itu, untuk mendalami keadaan ini, remaja dan ibu bapa khususnya, harus berupaya mencari arah tuju cinta remaja yangsebenarnya dengan membangkitkan persoalan wajarkah remaja bercinta,jenis-jenis cinta remaja, perubahan dan perkembangan fizikal, emosidan kognitif remaja” katanya.


Menurut pegawai Bahagian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM), Ustaz Daim Jazuli Islam menggalakkan rasa cinta tetapi cintayang diamalkan oleh kebanyakan remaja masa kini membawa kepadakeasyikan yang menyebabkan berlakunya pelbagai kejadian buruk sepertibohsia, bohjan, kes membuang bayi dan sebagainya.

“Dunia remaja sememangnya penuh dengan pelbagai perkara yangmenyeronokkan selain ribuan cabaran dan godaan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, percintaan remaja yang bukan berpaut kepadahukum Allah dan pemikiran remaja yang masih mentah mengenai cintaakan membawa kepada kesan negatif kepada perkembangan sosial danemosi remaja sendiri
.


Oleh itu, sebagai remaja, percintaan yang dipupuk antara merekamestilah berasaskan perspektif, syariat dan prinsip Islam agarperhubungan itu dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.


♥ 3 Tahap Sebelum Bercinta ♥



Suka (Menyukai) ♥♥♥♥ Perasaan ingin memiliki. Jika seseorang berhenti di sini, maka yang timbul adalah obesesi untuk memiliki. Bagi sebagian orang, akan menempuh cara yang negatif untuk mendapatkan apa yang disukainya, bukan dicintainya.



Sayang (Menyayangi) ♥♥♥♥ Perasaan ingin berbuat yang terbaik untuk sesuatu namun masih memiliki perasaan ingin memiliki. Di tahap ini seseorang akan dibenturkan dengan kepentingan pribadi mereka dan sesuatu yang mereka sayangi.



Cinta (Mencintai) ♥♥♥♥ Perasaan rela berkorban. Di tahap ini seseorang sudah tidak memikirkan lagi sesuatu itu jadi miliknya atau tidak, namun yang dipikirkannya adalah berbuat sesuatu yang terbaik untuk yang dicintainya. Bahkan sebagian orang lebih mementingkan “YANG DICINTAINYA” daripada kepentingan pribadinya.



♥ Cinta Ketika Remaja Perlu Ke? ♥

Cinta ketika remaja, adakah ia perlu, harus atau tidak?



Terdapat pelbagai pendapat tentang hal ini namun bagi saya cinta sesama insan ketika remaja boleh dijalinkan asalkan masing-masing tahu batasan dan mengawal perasaan cinta itu.Perasaan untuk mencintai dan dicintai memang tidak dapat dielakkan oleh semua insan terutamanya bagi remaja. Perhubungan ini seharusnya membawa kesan yang positif bagi remaja kerana mereka mempunyai pendorong untuk memberi galakan atau persaigan dalam bidang pelajaran selain daripada ibu bapa mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka.

Namun remaja haruslah mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak melanggar batasan adat timur dan agama semasa bercinta. Mereka seharusnya mengikut perasaan remaja mereka dan sama-sama belajar untuk menjadi orang dewasa yang lebih baik.Ramai pasangan yang melafazkan cinta, tetapi sebenarnya mereka tidak mengetahui mengapa dan Kenapa mereka bercinta. Alam percintaan sememangnya indah, bagi pasangan yang sedang asyik dilamun cinta, dunia ini ibarat mereka yang punya.

Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui apa itu cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjing pelamin. Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada kekecewaan.Bagi wanita cinta adalah sejenis emosi. Kepada orang lelaki cinta adalah suatu peristiwa, suatu kejadian dan bukannya emosi. Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung.

Oleh itu bagi orang lelaki sekali mereka jatuh cinta dengan wanita, maka cinta itu akan terus kekal jika tiada halangan yang menimpa.Oleh sebab itu, lelaki apabila telah melafazkan cintanya kepada wanita, tidak kiralah melalui apa sekali pun, sama ada ikatan janji yang diucapkan sesama sendiri, ikatan tali pertunangan, mahupun melalui pernikahan, maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut-sebut lagi.Berlainan pula dengan wanita, mereka mahu sentiasa mendengar kata-kata belaian kasih dibisikan di telinga mereka walaupun seribu kali dalam sehari.


Inilah yang menjadi perbezaan ketara istilah "cinta" bagi lelaki dan wanita.



♥ Sebab-Sebab Bercinta ♥



PERCINTAAN di kalangan remaja sering membimbangkan ibu bapa. Bagaimanapun, remaja tidak dapat dihalang daripada bercinta kerana sememangnya itu fitrah manusia. Apatah lagi remaja yang baru mengenali cinta yang cukup seronok dimainkan perasaan dalam bercinta.Apa yang penting ialah setiap remaja perlu tahu mengapa mereka bercinta.

Adakah kerana kesepian, cuba meningkatkan keyakinan diri atau anda sememangnya gatal mahu bercinta?Mereka juga perlu bijak mengendalikan cinta dengan positif kerana cinta remaja tidak semestinya membawa kesan yang negatif. Sebaliknya, cinta yang dikendalikan dengan baik dapat dijadikan dorongan untuk remaja meningkatkan perkembangan sahsiah diri mereka.Apa saja alasan anda untuk bercinta, berhati-hatilah dalam memilih pasangan.

Berikut antara alasan yang kerap terjadi kepada remaja apabila mahu bercinta. Ia mungkin boleh membantu anda supaya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan dan mengelak mereka yang sebegini.

1. Bercinta kerana kasihan- Cinta yang didasari oleh rasa kasihan boleh menidakkan rasional. Mereka mungkin tahu mempunyai pasangan yang tidak sesuai, tetapi kerana dipengaruhi rasa kasihan, perasaan itu akan lenyap begitu saja.Cinta begini mudah retak jika perasaan kasihan itu semakin berkurangan. Jika ini berlaku, si gadis lebih terasa kesannya kerana mereka insan yang paling mudah menaruh kasihan berbanding lelaki.

2. Terikut-ikut untuk bercinta- Golongan ini bercinta kerana tekanan daripada orang lain. Remaja itu berasa tertekan kerana semua kawan-kawan sudah mempunyai kekasih sedangkan dia masih solo. Keadaan ini mendorongnya untuk mencari kekasih sambil lewa saja. Dalam erti kata lain, asalkan ada kekasih saja.

3. Bercinta kerana mahu menguasai- Ada sebahagian remaja mendapat dorongan kuat untuk menguasai orang lain. Kebiasaannya ia berlaku pada seseorang yang suka membuat peraturan, memaksa ideanya dan terlalu memburu cita-cita. Berikutan itu, mereka mudah meninggalkan pasangan jika kehendak mereka tidak dituruti.

4. Bercinta kerana nafsu- Kebiasaannya ia dipengaruhi oleh tarikan seksual. Misalnya, lelaki akan memilih pasangan yang seksi manakala si gadis lebih kepada lelaki sasa, tampan dan gagah.Pasangan seperti ini akhirnya akan membawa diri kepada satu peringkat kesedaran bentuk fizikal bukanlah segala-galanya dalam percintaan.

5. Bercinta untuk bersaing- Kerap berlaku kepada remaja yang sanggup bersusah-payah untuk merebut kekasih demi untuk mengalahkan pesaingnya. Dia cuma mahukan kemenangan dan bukannya demi kekasih. Malah, ia juga disulami sifat dendam dan sakit hati. Kejayaan merebut kekasih pula dianggap sebagai simbol kemenangan walaupun dia sebenarnya tidak mencintai pasangannya.

6. Bercinta kerana memberontak- Kebanyakan remaja tidak suka apabila ibu bapa menganggap mereka seperti anak kecil dan perlu mengikut pelbagai peraturan. Sehubungan itu, remaja ini mencari pasangan sekadar untuk menunjukkan tanda protes terhadap ibu bapanya supaya dia dilihat lebih dewasa.



♥Kesan Cinta ♥

Kesan atau Akibat boleh dirasakan secara langsung oleh orang yang terlibat, kerana orang itu tidak dapat menikmati hubungan yang terjalin kerana fikiran dan perasaannya selalu diliputi ketakutan. Dan seringkali ketakutan tersebut semakin tidak rasional dan melahirkan tindakan yang tidak rasional pula, misalnya tidak membenarkan pasangannya pergi kerja kerana takut diganggu / direbut orang.



Bagi Individu

BerkenaanAkibat atau kesan jangka pendek dan jangka panjang. Bagi individu yang berkenaan ialah akan berada dalam keadaan atau kedudukan emosi yang tidak tetap dan menjadi terlalu sensitif. Individu tersebut mudah curiga kepada teman, sahabat, aktiviti, pekerjaan, bahkan keluarga pasangannya.

Selain itu dia menjadi mudah marah, cepat tersinggung dan bagi sebahagian orang bahkan ada yang sanggup bertindak agresif dan kasar demi mengendalikan keinginan dan kehidupan pasangannya. Pasangannya tidak diizinkan untuk mempunyai agenda tersendiri; pada dasarnya harus mengikuti keinginannya dan seratus peratus memperhatikannya.

Individu tersebut juga mudah merasa lemah, pesimis dan rimas. Sebabnya ialah seluruh tenaganya sudah digunakan untuk mengawal ketakutan yang tidak beralasan dan melakukan tindakan untuk mengawal sempadan pertahanannya. Jadi, kehidupan sedemikian akan membuatkan dirinya menjadi manusia yang tidak produktif. Sehari-hari yang difikir dan diusahakannya hanyalah bagaimana supaya miliknya terjaga rapi tanpa sebarang gangguan penceroboh.



Bagi Pasangan

Ramai orang yang tidak sedar bahawa dirinya terlibat dalam pola hubungan yang ´addictive´ sehingga akhirnya ia merasa ´stress´, tertekan namun tidak berani atau takut atau tidak bertenaga untuk memutuskan hubungan yang sudah berjalan beberapa waktu.

Bagi sebahagian orang yang cukup sedar dan mempunyai kekuatan peribadi, ia akan berani mengambil sikap tegas dalam menentukan arahnya sendiri. Namun, ramai pula orang yang memilih untuk tetap dalam lingkaran ´demand-supply´ tersebut kerana ternyata dirinya sendiri juga mengalami masalah dan keperluan yang sama.

Jika demikian halnya, maka hubungan yang ada bukannya mengembang dan mendewasakan kedua-dua belah pihak, malah semakin memperkuatkan kebergantungan cinta kedua-duanya. Situasi inilah yang sering dikaburkan dengan hubungan yang romantis dan cinta buta.



♥ Jenis-Jenis Cinta ♥

Apakah jenis cinta saya dan pasangan?

Secara sedar ataupun tidak, berdasarkan pengalaman, pembacaan ataupun pemerhatian, setiap individu yang bercinta mempunyai gaya tersendiri dalam menunjukkan rasa cinta masing-masing. Kajian menunjukkan terdapat enam jenis cara gaya cinta yang biasa dipertontonkan oleh individu yang sedang bercinta iaitu Eros, Ludus, Storge, Mania, Agape dan Pragma (Lee, 1973). Walau bagaimanapun, perlakuan cara gaya cinta individu tidak terhad kepada satu sahaja dan boleh berubah mengikut masa dan pasangan yang berbeza.

Eros diklasifikasikan sebagai cinta romantik. Daya tarikan fizikal diutamakan dalam jenis cinta ini (cinta pandang pertama). Cinta jenis ini juga dicirikan oleh percampuran emosi, keasyikan, seksual yang kuat dan mereka yang menggayakan cinta jenis ini ingin menikmati kegemilangan dalam cintanya.

Ludus adalah cinta permainan. Ia digambarkan dengan individu yang mempunyai ciri mementingkan diri sendiri, suka menggoda tetapi tidak inginkan hubungan intim, tidak gemarkan pasangan yang terlalu bergantung, kurang mesra dan tiada rancangan jangka panjang. Cinta jenis ini juga dikelaskan sebagai cinta yang tiada komitmen dan banyak kerahsiaan.

Terdapat juga individu yang lebih menitikberatkan per-kongsian aktiviti berbanding penglibatan emosi yang mendalam dalam hubungannya. Mereka yang sebegini dikategorikan sebagai individu yang menggayakan cinta jenis storge iaitu cinta kawan karib di mana perasaan itu terhasil daripada perhubungan erat dan mesra yang sudah lama terjalin. Mereka yang berada dalam kategori jenis ini dikatakan lebih logikal di mana perkongsian harapan adalah secara terbuka, jarang merajuk dan rasa cemburu dan seandainya perpisahan terjadi, ia tidak akan menimbulkan kerisauan.

Individu yang menunjukkan kecintaan mereka dengan cara yang keterlaluan atau melampau digelar Mania. Mereka ini mahukan rasa kepunyaan dan sentiasa memikirkan berkenaan pasangan, kasih sayang, mahukan perhatian, kepastian dan ketulusan yang berpanjangan. Mereka juga mengawal dan mengongkong pasangan, cemburu buta dan sentiasa berada dalam kerisauan kerana bimbang cinta akan berkurangan atau hilang.

Pragma atau cinta logikal adalah cinta yang lebih praktikal dan realistik. Individu yang menggayakan cinta jenis ini suka memikirkan keuntungan peribadi dalam perhubungan. Mereka juga inginkan keserasian latar belakang mereka dengan pasangan yang ingin didampingi. Perasaan cinta hanya timbul selepas membuat perhitungan bahawa pasangan itu benar-benar layak untuknya.

Agape adalah cinta pengorbanan. Individu yang mempunyai cinta jenis ini berhati mulia, mesra dan tidak mengharapkan balasan daripada orang yang dicintainya serta sedia memaafkan kesilapan pasangannya. Mereka memberikan kasih sayang dengan sepenuhnya, berusaha membahagiakan pasangan dan sanggup menangguhkan kepentingan sendiri demi pasangan. Individu yang berada dalam kategori ini sering ditindas atau dimanipulasikan oleh pasangan. Walau bagaimanapun, mereka menganggap penindasan hanya suatu yang tidak disengajakan!

Sudahkah saudara mengenal pasti jenis cinta saudara sendiri? Sudahkah saudara mengetahui jenis cinta yang digayakan oleh pasangan saudara? Maka, sejauh manakah ketulusan dan keaslian cinta saudara berdua? Sekiranya saudara pasti terdapat penipuan dan penindasan dalam hubungan cinta, apa tindakan yang wajar diambil? Dengan maklumat dan pengetahuan yang ada, jawapan di tangan saudara!

Cinta boleh juga dikelaskan kepada lapan bentuk mengikut variasi kemesraan, komitmen dan keghairahan (Steinberg, 1987).

Liking adalah cinta yang mempunyai dimensi kemesraan sahaja.?
Empty adalah cinta yang mempunyai unsur komitmen sahaja.?
Infatuation adalah cinta yang dicirikan oleh unsur keghairahan sahaja.?
Companionate adalah gabungan kemesraan dan komitmen?
Romantic adalah gabungan kemesraan dan keghairahan.?
Fatuous adalah gabungan komitmen dan keghairahan.?
Consummate adalah gabungan unsur kemesraan, komitmen dan keghairahan.?
Nonlove tiada sebarang komponen cinta
.

Bagaimana saya hendak berdepan dengan masalah putus cinta sekiranya ia terjadi?

Fenomena putus cinta adalah lumrah dalam kehidupan terutama ketika zaman remaja. Ia adalah suatu proses yang menyedihkan, namun tahap kesedihan itu bergantung pada tahap keseriusan hubungan yang sudah sekian lama terjalin.

Fenomena ini berlaku atas kerelaan kedua-dua pihak ataupun disebabkan desakan satu pihak sahaja. Ia lazimnya terjadi atas beberapa sebab:

Tiada keserasian atau kesesuaian antara pasangan dalam aspek tertentu.?
Mempunyai pilihan yang lebih baik.?
Tiada kejujuran?
Tiada kesetiaan?
Hilang kepercayaan?


Walau apa pun yang terjadi, fenomena putus cinta ini tidak perlu dijadikan penghalang untuk kita meneruskan kehidupan ini. Dengan itu, seseorang yang telah mengalami putus cinta harus berfikiran positif dan menerima hakikat kehidupan supaya mengelak daripada berlaku perkara negatif seperti tidak mahu berkahwin seumur hidup, melabel kaum lelaki atau wanita dengan ciri yang negatif dan membunuh diri.

Fikirkanlah rasional-rasional di bawah bagi mengatasi kesedihan dan kekecewaan yang dialami dan seterusnya meningkatkan semangat untuk terus berjuang dalam hidup.Mengambil langkah lebih berwaspadaApa yang dialami seeloknya dijadikan pengajaran dan pengalaman yang tidak ternilai harganya. Ini dapat mem?bantu individu ketika berhasrat hendak menjalin hubun?gan cinta dengan pasangan lain.

Fenomena ini juga membuatkan seseorang itu berfikiran lebih matang dalam mengharungi kehidupan yang sememangnya penuh den?gan dugaan dan cabaran.?Manusia semuanya tidak sama?Kita tidak boleh beranggapan semua lelaki atau wanita adalah sama. Ini kerana setiap individu mempunyai tret personaliti yang tersendiri. Mungkin selepas daripada peristiwa itu, kita akan menemui seorang insan yang lebih baik dan sesuai untuk kita jadikan teman hidup.


♥ Bagaiman Proses Bercinta ♥

Bagaimana proses bercinta?

Individu yang sedang bercinta juga dikatakan melalui beberapa proses sebelum mencapai suatu bentuk hubungan yang benar-benar stabil di mana kedua-duanya sudah bersedia untuk memasuki alam perkahwinan.Pada peringkat permulaan, kedua-dua pasangan berasa selesa di mana masing-masing saling memahami antara satu sama lain. Dalam hal ini, konsep kufu memainkan peranan penting. Latar belakang individu mempengaruhi kesesuaian kedua-dua pasangan dalam menjalin hubungan.

Apabila kedua-dua pasangan sudah berasa selesa dan serasi, akan timbul keyakinan hendak mendedahkan maklumat diri masing-masing dan berkongsi rahsia peribadi. Walau bagaimanapun, ada juga individu yang berhati-hati dalam mendedahkan maklumat diri kerana masih memikirkan risiko ataupun kesan negatif jika hubungan cinta itu tidak sampai ke jinjang pelamin. Selepas memperoleh keadaan yang selesa juga, masing-masing akan menyatakan perasaan atau hasrat yang tersendiri.

Apabila kedua-dua pasangan sudah berkongsi mak-lumat dan rahsia peribadi serta meluahkan perasaan masing-masing, akan wujud sikap saling memerlukan antara satu sama lain untuk berkongsi berbagai-bagai perasaan seperti gembira, sedih dan sebagainya. Pada peringkat ini, lazimnya aktiviti berjumpa atau dating semakin kerap dilakukan dan hidup seolah-olah tidak lengkap tanpa ?si dia?. Hati seperti tidak tenteram jika tidak dapat bertemu dengan ?si dia? dalam suatu tempoh masa.Dengan ini, akan wujud suatu keperluan lain yang lebih intim iaitu keperluan untuk sayang menyayangi dan kasih mengasihi.

Pada tahap ini, kedua-dua individu berupaya menunjukkan komitmen yang tinggi pada pasangan masing-masing.Dalam konteks budaya Malaysia, perhubungan itu dikata-kan intim apabila berlaku perkongsian emosi dan wujud komitmen antara dua individu, lelaki dan wanita. Lazimnya, mereka yang intim memperuntukkan sebilangan masa untuk berkongsi aktiviti seperti makan, beriadah dan menonton.

Pasangan yang terlibat dalam hubungan intim saling mempercayai antara satu sama lain dan sanggup berkorban apa sahaja demi pasangan. Maka, di sinilah setiap individu perlu sedar dan berwaspada serta memainkan peranan aktif sebagai individu yang berakhlak mulia dan beretika bagi mengelak daripada melakukan perkara yang melanggar norma sosial masyarakat. Ahli masyarakat seperti ibu bapa, jiran tetangga dan rakan taulan yang berada di sekeliling juga perlu berperanan aktif dan bertanggungjawab dalam mengawasi pasangan seperti ini bagi mengelak daripada berlakunya perkara tidak bermoral.



♥ Perlakuan orang Bercinta ♥

Apakah perlakuan orang bercinta?




Semasa bercinta, terdapat beberapa perlakuan yang lazim dipamerkan oleh kedua-dua pasangan bagi menunjukkan rasa cinta masing-masing. Bagi individu yang suka berterus terang, mereka akan menyatakan perasaan cinta secara lisan tanpa berselindung supaya mesej yang disampaikan adalah jelas.

Namun, ada juga individu yang tidak selesa untuk berterus terang, lalu hasrat cinta dilafazkan secara perlahan-lahan semasa berkomunikasi berkenaan isu seperti perkongsian maklumat diri dan juga kisah semasa ataupun dengan menunjukkan perasaan cinta secara kebendaan contohnya, menghadiahkan bunga mawar ataupun kereta mewah ataupun memberikan wang ringgit.

Ada juga yang menunjukkan perasaan cinta secara bukan kebendaan contohnya, menyokong pendapat ataupun menghormati pendirian. Selain itu, terdapat juga yang tidak menyatakan sebarang perasaan cinta, berkomunikasi secara intim atau memberikan hadiah, namun menunjukkan rasa cintanya dilahirkan dengan mendekatkan jarak fizikal apabila mengadakan temu janji (berada pada jarak yang lebih hampir berbanding sebelum bercinta).



♥ Bagaimana Kita Bercinta ♥

Bagaimana lelaki bercinta?

Orang lelaki digeneralisasikan sebagai individu yang mudah tertarik kepada pasangan dan lebih cenderung mendapatkan keseronokan dalam perhubungan. Kebanyakan hubungan yang diwujudkan oleh lelaki adalah dengan hasrat untuk jatuh cinta dengan pasangannya.

Bagaimana wanita bercinta?

Cinta bagi wanita pula adalah sesuatu yang tulus ikhlas. Ia dikatakan sebagai penentu terbaik terhadap masa depan perhubungan intim yang terjalin. Selain tarikan fizikal, wanita lazimnya mempertimbangkan aspek lain seperti emosi dan ekonomi yang ada pada pasangannya sebelum meneruskan hasrat cinta. Wanita juga lebih serius dalam hubungan cinta. Selain itu, wanita lebih ekspresif apabila mereka memberi komitmen yang tinggi pada pasangannya.

Bagaimana lelaki memikat wanita?

Kaum lelaki lazimnya cuba memikat wanita dengan melakukan aksi-aksi tertentu. Antaranya adalah dengan melontarkan satu renungan tajam kepada seseorang wanita yang diminatinya. Ini bertujuan untuk memberitahu bahawa dia begitu berminat dengan wanita itu dan berhasrat supaya mendapat respons atau reaksi positif daripadanya.

Selain itu, terdapat juga sesetengah lelaki yang berlagak macho dengan mempamerkan susuk badan yang gagah dengan harapan ada gadis yang akan terpikat atau tertarik padanya. Apabila lelaki berkesempatan untuk berkomunikasi dengan wanita yang diminatinya, dia akan menceritakan berkenaan kebaikan dirinya, kejayaan hidup-nya dan lain-lain gambaran positif berkenaan diri dan kehidupannya. Ini bertujuan untuk memberitahu wanita itu bahawa dia adalah seorang yang baik hati, berwawasan dan berjaya dalam hidup.

Tidak kurang juga lelaki yang menunjukkan sikap pemurah sebagai cara hendak memikat wanita. Mereka berbudi dengan memberikan hadiah, belanja makan, mengajak untuk bersiar-siar menaiki kenderaannya dengan hasrat dapat memancing hati wanita itu. Namun, berwaspadalah kaum wanita kerana tidak semua lelaki bersikap ikhlas dan jujur.

Bagaimana wanita memikat lelaki?

Kaum wanita turut mempamerkan aksi-aksi tertentu dengan tujuan memikat lelaki ataupun dengan harapan ada lelaki yang terpikat padanya. Seperti juga lelaki, apabila wanita mula meminati seseorang lelaki, dia memberi renungan tajam dengan harapan lelaki itu menyedari ada individu lain yang menghargai kehadirannya dan memerhatikan gerak-gerinya. Sebagai balasan, wanita mengharapkan respons positif daripadanya.

Walau bagaimanapun, tidak semua wanita mempunyai ?keberanian? untuk bertingkah laku demikian. Selain itu, terdapat sesetengah wanita yang menonjolkan diri dengan bersolek supaya ada lelaki yang tertarik padanya. Walau bagaimanapun, kaedah ini agak keterlaluan bagi masyarakat beragama Islam dan perbuatan sebegini biasanya dilakukan oleh orang Islam yang kurang kesedaran keagamaan ataupun kurang berpegang teguh kepada ajaran agama. Malah, Islam hanya membenarkan wanita bersolek dan berhias untuk tatapan suami sahaja.

Wanita juga akan berpenampilan menarik sebagai tujuan memikat lelaki. Penampilan itu adalah daripada berbagai-bagai aspek seperti penonjolan bentuk badan, cara berpakaian dan cara berjalan. Dalam kaedah ini, walaupun seseorang itu kurang kelihatan menarik daripada segi rupa paras, mereka masih boleh lagi kelihatan menarik dengan menggayakan penampilan tertentu. Kesempatan ini harus diambil oleh kaum wanita untuk mempamerkan ciri wanita anggun dan bergaya tetapi pada masa yang sama menjaga kesopanan diri.

Ini kerana bagi lelaki, bagi mendapatkan keseronokan, mereka akan berkawan dengan sesiapa sahaja (wanita) asalkan wanita itu respons padanya dan dapat memenuhi keperluan instrumental. Namun, untuk dijadikan teman hidup, mereka tetap memilih wanita yang baik, bersopan santun, berakhlak mulia, menjaga kehormatan diri.



♥ Erti Cinta ♥

Apa itu cinta?



Cinta adalah emosi manusia yang universal. Cinta juga sejenis perasaan tersendiri yang dilahirkan dalam bentuk tingkah laku. Ia sukar didefinisikan dengan tepat kerana ia bergantung pada konteks rujukan. Malah, ajaran Islam juga menuntut umat-Nya supaya mempunyai perasaan cinta iaitu mengasihi dan menyayangi diri sendiri dengan tidak melakukan perkara mungkar, mengasihi dan menyayangi saudara seagama juga makhluk Tuhan yang lain seperti haiwan dan tumbuhan.



Dalam konteks praperkahwinan, cinta adalah suatu perasaan yang wujud dalam diri individu apabila dia menyukai orang yang berlainan jantina atas sebab tertentu seperti kecantikan paras rupa, kebaikan hati budi, kebijaksanaan, kesihatan fizikal, kemesraan dan keramahan mulutnya. Seseorang juga boleh jatuh cinta disebabkan oleh faktor lain seperti sosioekonomi, bangsa, agama dan pendapatan.Lelaki dan wanita mempunyai cara tersendiri dalam meluahkan perasaan cinta dan menyatakan komitmen dalam sesebuah perhubungan intim. Pada umumnya, lelaki lebih mementingkan aspek instrumental seperti perkongsian aktiviti dan menjadi teman. Namun, kaum wanita lebih mementingkan aspek emosional iaitu perkara yang berkait- an dengan perapatan, perkongsian rahsia peribadi dan komunikasi.



Cinta adalah aspek penting dalam kehidupan. Oleh kerana itu, cinta memainkan peranan yang besar dan kesannya begitu kritikal ke atas kehidupan. Ini kerana ada individu yang sanggup mengorbankan masa, tenaga, harta benda demi cinta. Malah ada juga segelintir individu yang sanggup mengorbankan maruah dan nyawa demi cinta yang dianggap begitu sejati. Namun, sejauh manakah kita dapat mengetahui bahawa cinta itu sejati, ikhlas ataupun hanya sekadar mainan kehidupan, kupasannya dalam ? jenis cinta?



♥ Meneroka Alam Percintaan ♥


Meneroka Alam PercintaanAlam percintaan adalah alam yang dilalui oleh hampir kesemua individuAlam percintaan adalah alam yang dilalui oleh hampir kesemua individu. Ia berlaku apabila individu itu mempunyai pasangan untuk dating.


Pada dasarnya, ia adalah suatu fasa masa yang dilalui oleh pasangan bercinta bagi menyelami hati budi masing-masing, memastikan kesesuaian untuk dijadikan pasangan hidup dan meningkatkan kemesraan bagi memudahkan penyesuaian apabila memasuki alam perkahwinan. Ia selalu digambarkan dengan kemanisan, kebahagiaan, keseronokan dan lain-lain perkara yang indah-indah. Namun, terdapat juga individu yang sering terpedaya dengan keindahan alam percintaan. Kerana hipokrit, sikap dan tingkah laku buruk tidak dipertontonkan.


Jika ada pun, pasangannya menganggap ia sesuatu yang remeh dan boleh dipertimbangkan kemudian.Keasyikan bercinta membuatkan mereka ini memberi tumpuan kepada perkara yang baik dan manis sahaja. Malah, akibat terlalu menurutkan nafsu, ada yang terjerumus ke kancah keruntuhan moral yang begitu menjijikkan. Begitulah antara senario alam percintaan yang cukup hebat pengaruh serta kesannya ke atas keseluruhan kehidupan seseorang individu.