I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 5 September 2009

♥ Langkah Mengawal Cinta Remaja ♥

Cinta ketika remaja, adakah ia perlu, harus atau tidak? Terdapat pelbagai pendapat tentang hal ini namun bagi kami, cinta sesama insan ketika remaja boleh dijalinkan asalkan masing-masing tahu batasan dan mengawal perasaan cinta itu daripada menyimpang dari landasan yang sepatutnya.

♥♥♥♥

Perasaan untuk mencintai dan dicintai memang tidak dapat dielakkan oleh semua insan terutamanya bagi remaja. Perhubungan ini seharusnya membawa kesan yang positif bagi remaja kerana mereka mempunyai pendorong untuk memberi galakan atau persaigan dalam bidang pelajaran selain daripada ibu bapa mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka.

♥♥♥♥

Pelbagai pihak seperti ahli keluarga, organisasi masyarakat dan pihak kerajaan juga perlulah memainkan peranan dalam mengawal cinta remaja ini. Kerjasama yang terjalin antara pihak-pihak tersebut akan mewujudkan suasana perhubungan yang harmoni antara semua lapisan masyarakat.

♥♥♥♥

Masih ramai yang tidak mengetahui apa itu cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjing pelamin. Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada kekecewaan. Di sinilah perlunya peranan yang perlu dimainkan oleh pihak-pihak terbabit agar cinta remaja ini dapat dikawal dan seterusnya menuju matlamat yang lebih baik.

♥♥♥♥

Ahli keluarga terutamanya ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dalam mengawal gejala cinta remaja. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah mengingatkan anak-anak mereka agar lebih mengutamakan pelajaran, keluarga atau perkara-perkara lain yang lebih penting di dalam hidup mereka selain daripada perasaan cinta kepada pasangan masing-masing. Ibu bapa juga perlulah mengawasi anak-anak mereka agar tidak terjebak ke dalam kancah cinta yang tidak sihat. Pendidikan agama perlulah dititikberatkan oleh penjaga agar para remaja tidak terpesong dalam mentakrif definisi cinta.

♥♥♥♥

Selain itu, anggota masyarakat juga memainkan peranan penting dalam mengawal cinta remaja. Antaranya, mengadakan kelas keagamaan kepada para ibu bapa bagi membimbing anak-anak mereka dalam menjalani usia remaja mereka. Kerajaan juga perlulah melaksanakan langkah-langkah yang proaktif bagi mengawal cinta remaja ini. Sebagai contoh, pelaksanaan matapelajaran sejarah dan pendidikan moral perlu dipertingkat ke tahap yang lebih baik bagi mengawal cinta remaja dengan memberi didikan agama secukupnya. Hal ini penting bagi mengelakkan para remaja terjebak ke dalam kancah yang tidak sihat.

♥♥♥♥

Namun begitu, remaja sendiri haruslah mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak melanggar batasan adat timur dan agama semasa bercinta. Mereka seharusnya tidak mengikut perasaan remaja mereka dan sama-sama belajar untuk menjadi orang dewasa yang lebih baik. Sesuatu perhubungan itu haruslah menuju tujuan yang baik dan bukannya berlandaskan perasaan suka-suka..

♥♥♥♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan