I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 5 September 2009

♥ Erti Cinta ♥

Apa itu cinta?



Cinta adalah emosi manusia yang universal. Cinta juga sejenis perasaan tersendiri yang dilahirkan dalam bentuk tingkah laku. Ia sukar didefinisikan dengan tepat kerana ia bergantung pada konteks rujukan. Malah, ajaran Islam juga menuntut umat-Nya supaya mempunyai perasaan cinta iaitu mengasihi dan menyayangi diri sendiri dengan tidak melakukan perkara mungkar, mengasihi dan menyayangi saudara seagama juga makhluk Tuhan yang lain seperti haiwan dan tumbuhan.



Dalam konteks praperkahwinan, cinta adalah suatu perasaan yang wujud dalam diri individu apabila dia menyukai orang yang berlainan jantina atas sebab tertentu seperti kecantikan paras rupa, kebaikan hati budi, kebijaksanaan, kesihatan fizikal, kemesraan dan keramahan mulutnya. Seseorang juga boleh jatuh cinta disebabkan oleh faktor lain seperti sosioekonomi, bangsa, agama dan pendapatan.Lelaki dan wanita mempunyai cara tersendiri dalam meluahkan perasaan cinta dan menyatakan komitmen dalam sesebuah perhubungan intim. Pada umumnya, lelaki lebih mementingkan aspek instrumental seperti perkongsian aktiviti dan menjadi teman. Namun, kaum wanita lebih mementingkan aspek emosional iaitu perkara yang berkait- an dengan perapatan, perkongsian rahsia peribadi dan komunikasi.



Cinta adalah aspek penting dalam kehidupan. Oleh kerana itu, cinta memainkan peranan yang besar dan kesannya begitu kritikal ke atas kehidupan. Ini kerana ada individu yang sanggup mengorbankan masa, tenaga, harta benda demi cinta. Malah ada juga segelintir individu yang sanggup mengorbankan maruah dan nyawa demi cinta yang dianggap begitu sejati. Namun, sejauh manakah kita dapat mengetahui bahawa cinta itu sejati, ikhlas ataupun hanya sekadar mainan kehidupan, kupasannya dalam ? jenis cinta?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan