I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 5 September 2009

♥ Bagaimana Kita Bercinta ♥

Bagaimana lelaki bercinta?

Orang lelaki digeneralisasikan sebagai individu yang mudah tertarik kepada pasangan dan lebih cenderung mendapatkan keseronokan dalam perhubungan. Kebanyakan hubungan yang diwujudkan oleh lelaki adalah dengan hasrat untuk jatuh cinta dengan pasangannya.

Bagaimana wanita bercinta?

Cinta bagi wanita pula adalah sesuatu yang tulus ikhlas. Ia dikatakan sebagai penentu terbaik terhadap masa depan perhubungan intim yang terjalin. Selain tarikan fizikal, wanita lazimnya mempertimbangkan aspek lain seperti emosi dan ekonomi yang ada pada pasangannya sebelum meneruskan hasrat cinta. Wanita juga lebih serius dalam hubungan cinta. Selain itu, wanita lebih ekspresif apabila mereka memberi komitmen yang tinggi pada pasangannya.

Bagaimana lelaki memikat wanita?

Kaum lelaki lazimnya cuba memikat wanita dengan melakukan aksi-aksi tertentu. Antaranya adalah dengan melontarkan satu renungan tajam kepada seseorang wanita yang diminatinya. Ini bertujuan untuk memberitahu bahawa dia begitu berminat dengan wanita itu dan berhasrat supaya mendapat respons atau reaksi positif daripadanya.

Selain itu, terdapat juga sesetengah lelaki yang berlagak macho dengan mempamerkan susuk badan yang gagah dengan harapan ada gadis yang akan terpikat atau tertarik padanya. Apabila lelaki berkesempatan untuk berkomunikasi dengan wanita yang diminatinya, dia akan menceritakan berkenaan kebaikan dirinya, kejayaan hidup-nya dan lain-lain gambaran positif berkenaan diri dan kehidupannya. Ini bertujuan untuk memberitahu wanita itu bahawa dia adalah seorang yang baik hati, berwawasan dan berjaya dalam hidup.

Tidak kurang juga lelaki yang menunjukkan sikap pemurah sebagai cara hendak memikat wanita. Mereka berbudi dengan memberikan hadiah, belanja makan, mengajak untuk bersiar-siar menaiki kenderaannya dengan hasrat dapat memancing hati wanita itu. Namun, berwaspadalah kaum wanita kerana tidak semua lelaki bersikap ikhlas dan jujur.

Bagaimana wanita memikat lelaki?

Kaum wanita turut mempamerkan aksi-aksi tertentu dengan tujuan memikat lelaki ataupun dengan harapan ada lelaki yang terpikat padanya. Seperti juga lelaki, apabila wanita mula meminati seseorang lelaki, dia memberi renungan tajam dengan harapan lelaki itu menyedari ada individu lain yang menghargai kehadirannya dan memerhatikan gerak-gerinya. Sebagai balasan, wanita mengharapkan respons positif daripadanya.

Walau bagaimanapun, tidak semua wanita mempunyai ?keberanian? untuk bertingkah laku demikian. Selain itu, terdapat sesetengah wanita yang menonjolkan diri dengan bersolek supaya ada lelaki yang tertarik padanya. Walau bagaimanapun, kaedah ini agak keterlaluan bagi masyarakat beragama Islam dan perbuatan sebegini biasanya dilakukan oleh orang Islam yang kurang kesedaran keagamaan ataupun kurang berpegang teguh kepada ajaran agama. Malah, Islam hanya membenarkan wanita bersolek dan berhias untuk tatapan suami sahaja.

Wanita juga akan berpenampilan menarik sebagai tujuan memikat lelaki. Penampilan itu adalah daripada berbagai-bagai aspek seperti penonjolan bentuk badan, cara berpakaian dan cara berjalan. Dalam kaedah ini, walaupun seseorang itu kurang kelihatan menarik daripada segi rupa paras, mereka masih boleh lagi kelihatan menarik dengan menggayakan penampilan tertentu. Kesempatan ini harus diambil oleh kaum wanita untuk mempamerkan ciri wanita anggun dan bergaya tetapi pada masa yang sama menjaga kesopanan diri.

Ini kerana bagi lelaki, bagi mendapatkan keseronokan, mereka akan berkawan dengan sesiapa sahaja (wanita) asalkan wanita itu respons padanya dan dapat memenuhi keperluan instrumental. Namun, untuk dijadikan teman hidup, mereka tetap memilih wanita yang baik, bersopan santun, berakhlak mulia, menjaga kehormatan diri.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan