I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 27 Ogos 2009

♥ Punca Remaja Jatuh Cinta ♥



Terdapat banyak punca remaja terjebak dalam kancah percintaan. Faktor-faktor yang menjadi punca bagi keadaan ini adalah subjektif dan tidak semestinya sama dengan setiap remaja. Antara punca tersebut adalah:

♥♥♥♥ Keruntuhan institusi keluarga ♥♥♥♥
Seperti yang kita tahu, keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah seseorang anak. Apabila anak itu membesar menjadi seorang remaja, maka cabaran bagi keluarga remaja tersebut terutama ibu bapanya adalah besar. Keluarga merupakan tempat anak-anak mendapatkan kasih sayang, menjadi qudwah hasanah (teladan yang baik) dan perlindungan dari anasir-anasir luar. Jika institusi kekeluargaan tersebut sudah pincang, maka peranan sesebuah keluarga itu untuk memberi kasih sayang kepada anak-anak sudah goyah.
Hal ini menyebabkan para remaja ini bertindak mencari seseorang yang boleh memberikan mereka harapan, perlindungan dan yang lebih utama sekali, kasih sayang. Punca remaja jatuh cinta adalah disebabkan kepincangan institusi keluarga dan kurangnya kasih sayang di dalam keluarga itu yang membuatkan mereka mencari lebih kasih sayang di luar lingkungan keluarga.

♥♥♥♥ Pengaruh rakan sebaya ♥♥♥♥
Tidak dinafikan rakan sebaya memainkan peranan penting dalam membentuk perwatakan seseorang remaja. Hati mana yang tidak terusik, jiwa mana yang tidak cemburu melihat rakan-rakan tersenyum manis, bergelak ketawa bersama yang tersayang. Hal ini secara tidak langsung mendorong para remaja yang tidak pernah jatuh cinta sebelumnya memberi ruang di dalam hati mereka untuk disinggahi oleh pasangan masing-masing.

♥♥♥♥ Media massa ♥♥♥♥
Paparan demi paparan babak cinta romantis dan menyayat hati di media elektronik menjadikan para remaja terpengaruh untuk menjadi sebahagian daripada kisah cinta tersebut. Hal ini menyebabkan para remaja lebih mudah untuk jatuh cinta. Memang tujuan sebenar pemaparan kisah-kisah cinta di media massa tersebut adalah untuk hiburan semata- mata namun secara tidak langsung para remaja akan tertarik untuk mengikutinya. Selain itu, golongan artis yang mengumumkan kisah cinta mereka kepada media turut menyebabkan para remaja tersebut mudah jatuh cinta.





Selasa, 18 Ogos 2009

♥ Erti Cinta Menurut Al-Quran ♥

Cinta menurut Al-Quran


Kata cinta dalam Al Qur’an disebut Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah), kedua-duanya memiliki erti yang sama iaitu menyukai, senang, dan menyayangi.



Sebagaimana dalam Surah Ali Imron : 14 “Dijadikan indah dalam pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah juga tempat kembali yang baik (syurga).” Dalam ayat ini Hubb adalah suatu naluri yang dimiliki setiap manusia baik manusia beriman mahupun manusia durjana.



Pengertian Wudda dalam Surah Maryam : 96 “ Sesungguhnya orang-orang beriman dan beramal soleh, kelak Allah yang maha pemurah akan menanamkan dalam hati mereka kasih sayang ” jadi Wudda (kasih sayang) diberikan Allah sebagai hadiah atas keimanan dan amal soleh manusia. Firman Allah tersebut dipertegaskan lagi dalam Surah Ar Rum : 21 “ Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah ia menciptakan untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” Dalam ayat ini Allah menggambarkan ‘cenderung dan tenteram’ yang dapat diraih dengan pernikahan akan diberi hadiah (ja’ala) kasih sayang dan rahmat.



Dalam Qur’an dijelaskan bahwa hubb merupakan sebuah cinta yang meluap-luap dan bergejolak. Sedangkan Wudda adalah cinta yang berupa angan-angan dan tidak akan teraih oleh manusia kecuali Allah menghendakinya, hanya Allah yang akan memberi cinta Nya kepada hamba yang dikehendakiNya dan Allah juga yang akan menyatukan hati mereka. Walaupun kamu membelanjakan seluruh kekayaan yang ada di bumi, nescaya kamu tidak akan mendapatkan kebahagiaan cinta jika Allah tidak menghendakiNya. Oleh kerana itu teraihnya cinta—wudda pada satu pasangan itu kerana kualiti keimanan rohani pasangan tersebut. Semakin mereka mendekatkan diri kepada Maha Pemilik Cinta maka akan semakin besarlah wudda yang akan Allah berikan pada pasangan tersebut



Cinta inilah yang tidak akan luntur sampai hari akhir nanti sekalipun maut memisahkannya, cinta yang atas nama Allah, mencintai sesuatu atau seseorang demi dan untuk Allah.



(Sumber: http://halaqah.net.com)