I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 27 Ogos 2009

♥ Punca Remaja Jatuh Cinta ♥



Terdapat banyak punca remaja terjebak dalam kancah percintaan. Faktor-faktor yang menjadi punca bagi keadaan ini adalah subjektif dan tidak semestinya sama dengan setiap remaja. Antara punca tersebut adalah:

♥♥♥♥ Keruntuhan institusi keluarga ♥♥♥♥
Seperti yang kita tahu, keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah seseorang anak. Apabila anak itu membesar menjadi seorang remaja, maka cabaran bagi keluarga remaja tersebut terutama ibu bapanya adalah besar. Keluarga merupakan tempat anak-anak mendapatkan kasih sayang, menjadi qudwah hasanah (teladan yang baik) dan perlindungan dari anasir-anasir luar. Jika institusi kekeluargaan tersebut sudah pincang, maka peranan sesebuah keluarga itu untuk memberi kasih sayang kepada anak-anak sudah goyah.
Hal ini menyebabkan para remaja ini bertindak mencari seseorang yang boleh memberikan mereka harapan, perlindungan dan yang lebih utama sekali, kasih sayang. Punca remaja jatuh cinta adalah disebabkan kepincangan institusi keluarga dan kurangnya kasih sayang di dalam keluarga itu yang membuatkan mereka mencari lebih kasih sayang di luar lingkungan keluarga.

♥♥♥♥ Pengaruh rakan sebaya ♥♥♥♥
Tidak dinafikan rakan sebaya memainkan peranan penting dalam membentuk perwatakan seseorang remaja. Hati mana yang tidak terusik, jiwa mana yang tidak cemburu melihat rakan-rakan tersenyum manis, bergelak ketawa bersama yang tersayang. Hal ini secara tidak langsung mendorong para remaja yang tidak pernah jatuh cinta sebelumnya memberi ruang di dalam hati mereka untuk disinggahi oleh pasangan masing-masing.

♥♥♥♥ Media massa ♥♥♥♥
Paparan demi paparan babak cinta romantis dan menyayat hati di media elektronik menjadikan para remaja terpengaruh untuk menjadi sebahagian daripada kisah cinta tersebut. Hal ini menyebabkan para remaja lebih mudah untuk jatuh cinta. Memang tujuan sebenar pemaparan kisah-kisah cinta di media massa tersebut adalah untuk hiburan semata- mata namun secara tidak langsung para remaja akan tertarik untuk mengikutinya. Selain itu, golongan artis yang mengumumkan kisah cinta mereka kepada media turut menyebabkan para remaja tersebut mudah jatuh cinta.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan