I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 5 September 2009

♥ Jenis-Jenis Cinta ♥

Apakah jenis cinta saya dan pasangan?

Secara sedar ataupun tidak, berdasarkan pengalaman, pembacaan ataupun pemerhatian, setiap individu yang bercinta mempunyai gaya tersendiri dalam menunjukkan rasa cinta masing-masing. Kajian menunjukkan terdapat enam jenis cara gaya cinta yang biasa dipertontonkan oleh individu yang sedang bercinta iaitu Eros, Ludus, Storge, Mania, Agape dan Pragma (Lee, 1973). Walau bagaimanapun, perlakuan cara gaya cinta individu tidak terhad kepada satu sahaja dan boleh berubah mengikut masa dan pasangan yang berbeza.

Eros diklasifikasikan sebagai cinta romantik. Daya tarikan fizikal diutamakan dalam jenis cinta ini (cinta pandang pertama). Cinta jenis ini juga dicirikan oleh percampuran emosi, keasyikan, seksual yang kuat dan mereka yang menggayakan cinta jenis ini ingin menikmati kegemilangan dalam cintanya.

Ludus adalah cinta permainan. Ia digambarkan dengan individu yang mempunyai ciri mementingkan diri sendiri, suka menggoda tetapi tidak inginkan hubungan intim, tidak gemarkan pasangan yang terlalu bergantung, kurang mesra dan tiada rancangan jangka panjang. Cinta jenis ini juga dikelaskan sebagai cinta yang tiada komitmen dan banyak kerahsiaan.

Terdapat juga individu yang lebih menitikberatkan per-kongsian aktiviti berbanding penglibatan emosi yang mendalam dalam hubungannya. Mereka yang sebegini dikategorikan sebagai individu yang menggayakan cinta jenis storge iaitu cinta kawan karib di mana perasaan itu terhasil daripada perhubungan erat dan mesra yang sudah lama terjalin. Mereka yang berada dalam kategori jenis ini dikatakan lebih logikal di mana perkongsian harapan adalah secara terbuka, jarang merajuk dan rasa cemburu dan seandainya perpisahan terjadi, ia tidak akan menimbulkan kerisauan.

Individu yang menunjukkan kecintaan mereka dengan cara yang keterlaluan atau melampau digelar Mania. Mereka ini mahukan rasa kepunyaan dan sentiasa memikirkan berkenaan pasangan, kasih sayang, mahukan perhatian, kepastian dan ketulusan yang berpanjangan. Mereka juga mengawal dan mengongkong pasangan, cemburu buta dan sentiasa berada dalam kerisauan kerana bimbang cinta akan berkurangan atau hilang.

Pragma atau cinta logikal adalah cinta yang lebih praktikal dan realistik. Individu yang menggayakan cinta jenis ini suka memikirkan keuntungan peribadi dalam perhubungan. Mereka juga inginkan keserasian latar belakang mereka dengan pasangan yang ingin didampingi. Perasaan cinta hanya timbul selepas membuat perhitungan bahawa pasangan itu benar-benar layak untuknya.

Agape adalah cinta pengorbanan. Individu yang mempunyai cinta jenis ini berhati mulia, mesra dan tidak mengharapkan balasan daripada orang yang dicintainya serta sedia memaafkan kesilapan pasangannya. Mereka memberikan kasih sayang dengan sepenuhnya, berusaha membahagiakan pasangan dan sanggup menangguhkan kepentingan sendiri demi pasangan. Individu yang berada dalam kategori ini sering ditindas atau dimanipulasikan oleh pasangan. Walau bagaimanapun, mereka menganggap penindasan hanya suatu yang tidak disengajakan!

Sudahkah saudara mengenal pasti jenis cinta saudara sendiri? Sudahkah saudara mengetahui jenis cinta yang digayakan oleh pasangan saudara? Maka, sejauh manakah ketulusan dan keaslian cinta saudara berdua? Sekiranya saudara pasti terdapat penipuan dan penindasan dalam hubungan cinta, apa tindakan yang wajar diambil? Dengan maklumat dan pengetahuan yang ada, jawapan di tangan saudara!

Cinta boleh juga dikelaskan kepada lapan bentuk mengikut variasi kemesraan, komitmen dan keghairahan (Steinberg, 1987).

Liking adalah cinta yang mempunyai dimensi kemesraan sahaja.?
Empty adalah cinta yang mempunyai unsur komitmen sahaja.?
Infatuation adalah cinta yang dicirikan oleh unsur keghairahan sahaja.?
Companionate adalah gabungan kemesraan dan komitmen?
Romantic adalah gabungan kemesraan dan keghairahan.?
Fatuous adalah gabungan komitmen dan keghairahan.?
Consummate adalah gabungan unsur kemesraan, komitmen dan keghairahan.?
Nonlove tiada sebarang komponen cinta
.

Bagaimana saya hendak berdepan dengan masalah putus cinta sekiranya ia terjadi?

Fenomena putus cinta adalah lumrah dalam kehidupan terutama ketika zaman remaja. Ia adalah suatu proses yang menyedihkan, namun tahap kesedihan itu bergantung pada tahap keseriusan hubungan yang sudah sekian lama terjalin.

Fenomena ini berlaku atas kerelaan kedua-dua pihak ataupun disebabkan desakan satu pihak sahaja. Ia lazimnya terjadi atas beberapa sebab:

Tiada keserasian atau kesesuaian antara pasangan dalam aspek tertentu.?
Mempunyai pilihan yang lebih baik.?
Tiada kejujuran?
Tiada kesetiaan?
Hilang kepercayaan?


Walau apa pun yang terjadi, fenomena putus cinta ini tidak perlu dijadikan penghalang untuk kita meneruskan kehidupan ini. Dengan itu, seseorang yang telah mengalami putus cinta harus berfikiran positif dan menerima hakikat kehidupan supaya mengelak daripada berlaku perkara negatif seperti tidak mahu berkahwin seumur hidup, melabel kaum lelaki atau wanita dengan ciri yang negatif dan membunuh diri.

Fikirkanlah rasional-rasional di bawah bagi mengatasi kesedihan dan kekecewaan yang dialami dan seterusnya meningkatkan semangat untuk terus berjuang dalam hidup.Mengambil langkah lebih berwaspadaApa yang dialami seeloknya dijadikan pengajaran dan pengalaman yang tidak ternilai harganya. Ini dapat mem?bantu individu ketika berhasrat hendak menjalin hubun?gan cinta dengan pasangan lain.

Fenomena ini juga membuatkan seseorang itu berfikiran lebih matang dalam mengharungi kehidupan yang sememangnya penuh den?gan dugaan dan cabaran.?Manusia semuanya tidak sama?Kita tidak boleh beranggapan semua lelaki atau wanita adalah sama. Ini kerana setiap individu mempunyai tret personaliti yang tersendiri. Mungkin selepas daripada peristiwa itu, kita akan menemui seorang insan yang lebih baik dan sesuai untuk kita jadikan teman hidup.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan