I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 5 September 2009

♥ Bagaiman Proses Bercinta ♥

Bagaimana proses bercinta?

Individu yang sedang bercinta juga dikatakan melalui beberapa proses sebelum mencapai suatu bentuk hubungan yang benar-benar stabil di mana kedua-duanya sudah bersedia untuk memasuki alam perkahwinan.Pada peringkat permulaan, kedua-dua pasangan berasa selesa di mana masing-masing saling memahami antara satu sama lain. Dalam hal ini, konsep kufu memainkan peranan penting. Latar belakang individu mempengaruhi kesesuaian kedua-dua pasangan dalam menjalin hubungan.

Apabila kedua-dua pasangan sudah berasa selesa dan serasi, akan timbul keyakinan hendak mendedahkan maklumat diri masing-masing dan berkongsi rahsia peribadi. Walau bagaimanapun, ada juga individu yang berhati-hati dalam mendedahkan maklumat diri kerana masih memikirkan risiko ataupun kesan negatif jika hubungan cinta itu tidak sampai ke jinjang pelamin. Selepas memperoleh keadaan yang selesa juga, masing-masing akan menyatakan perasaan atau hasrat yang tersendiri.

Apabila kedua-dua pasangan sudah berkongsi mak-lumat dan rahsia peribadi serta meluahkan perasaan masing-masing, akan wujud sikap saling memerlukan antara satu sama lain untuk berkongsi berbagai-bagai perasaan seperti gembira, sedih dan sebagainya. Pada peringkat ini, lazimnya aktiviti berjumpa atau dating semakin kerap dilakukan dan hidup seolah-olah tidak lengkap tanpa ?si dia?. Hati seperti tidak tenteram jika tidak dapat bertemu dengan ?si dia? dalam suatu tempoh masa.Dengan ini, akan wujud suatu keperluan lain yang lebih intim iaitu keperluan untuk sayang menyayangi dan kasih mengasihi.

Pada tahap ini, kedua-dua individu berupaya menunjukkan komitmen yang tinggi pada pasangan masing-masing.Dalam konteks budaya Malaysia, perhubungan itu dikata-kan intim apabila berlaku perkongsian emosi dan wujud komitmen antara dua individu, lelaki dan wanita. Lazimnya, mereka yang intim memperuntukkan sebilangan masa untuk berkongsi aktiviti seperti makan, beriadah dan menonton.

Pasangan yang terlibat dalam hubungan intim saling mempercayai antara satu sama lain dan sanggup berkorban apa sahaja demi pasangan. Maka, di sinilah setiap individu perlu sedar dan berwaspada serta memainkan peranan aktif sebagai individu yang berakhlak mulia dan beretika bagi mengelak daripada melakukan perkara yang melanggar norma sosial masyarakat. Ahli masyarakat seperti ibu bapa, jiran tetangga dan rakan taulan yang berada di sekeliling juga perlu berperanan aktif dan bertanggungjawab dalam mengawasi pasangan seperti ini bagi mengelak daripada berlakunya perkara tidak bermoral.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan