I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 5 September 2009

♥ Sebab-Sebab Bercinta ♥



PERCINTAAN di kalangan remaja sering membimbangkan ibu bapa. Bagaimanapun, remaja tidak dapat dihalang daripada bercinta kerana sememangnya itu fitrah manusia. Apatah lagi remaja yang baru mengenali cinta yang cukup seronok dimainkan perasaan dalam bercinta.Apa yang penting ialah setiap remaja perlu tahu mengapa mereka bercinta.

Adakah kerana kesepian, cuba meningkatkan keyakinan diri atau anda sememangnya gatal mahu bercinta?Mereka juga perlu bijak mengendalikan cinta dengan positif kerana cinta remaja tidak semestinya membawa kesan yang negatif. Sebaliknya, cinta yang dikendalikan dengan baik dapat dijadikan dorongan untuk remaja meningkatkan perkembangan sahsiah diri mereka.Apa saja alasan anda untuk bercinta, berhati-hatilah dalam memilih pasangan.

Berikut antara alasan yang kerap terjadi kepada remaja apabila mahu bercinta. Ia mungkin boleh membantu anda supaya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan dan mengelak mereka yang sebegini.

1. Bercinta kerana kasihan- Cinta yang didasari oleh rasa kasihan boleh menidakkan rasional. Mereka mungkin tahu mempunyai pasangan yang tidak sesuai, tetapi kerana dipengaruhi rasa kasihan, perasaan itu akan lenyap begitu saja.Cinta begini mudah retak jika perasaan kasihan itu semakin berkurangan. Jika ini berlaku, si gadis lebih terasa kesannya kerana mereka insan yang paling mudah menaruh kasihan berbanding lelaki.

2. Terikut-ikut untuk bercinta- Golongan ini bercinta kerana tekanan daripada orang lain. Remaja itu berasa tertekan kerana semua kawan-kawan sudah mempunyai kekasih sedangkan dia masih solo. Keadaan ini mendorongnya untuk mencari kekasih sambil lewa saja. Dalam erti kata lain, asalkan ada kekasih saja.

3. Bercinta kerana mahu menguasai- Ada sebahagian remaja mendapat dorongan kuat untuk menguasai orang lain. Kebiasaannya ia berlaku pada seseorang yang suka membuat peraturan, memaksa ideanya dan terlalu memburu cita-cita. Berikutan itu, mereka mudah meninggalkan pasangan jika kehendak mereka tidak dituruti.

4. Bercinta kerana nafsu- Kebiasaannya ia dipengaruhi oleh tarikan seksual. Misalnya, lelaki akan memilih pasangan yang seksi manakala si gadis lebih kepada lelaki sasa, tampan dan gagah.Pasangan seperti ini akhirnya akan membawa diri kepada satu peringkat kesedaran bentuk fizikal bukanlah segala-galanya dalam percintaan.

5. Bercinta untuk bersaing- Kerap berlaku kepada remaja yang sanggup bersusah-payah untuk merebut kekasih demi untuk mengalahkan pesaingnya. Dia cuma mahukan kemenangan dan bukannya demi kekasih. Malah, ia juga disulami sifat dendam dan sakit hati. Kejayaan merebut kekasih pula dianggap sebagai simbol kemenangan walaupun dia sebenarnya tidak mencintai pasangannya.

6. Bercinta kerana memberontak- Kebanyakan remaja tidak suka apabila ibu bapa menganggap mereka seperti anak kecil dan perlu mengikut pelbagai peraturan. Sehubungan itu, remaja ini mencari pasangan sekadar untuk menunjukkan tanda protes terhadap ibu bapanya supaya dia dilihat lebih dewasa.



♥Kesan Cinta ♥

Kesan atau Akibat boleh dirasakan secara langsung oleh orang yang terlibat, kerana orang itu tidak dapat menikmati hubungan yang terjalin kerana fikiran dan perasaannya selalu diliputi ketakutan. Dan seringkali ketakutan tersebut semakin tidak rasional dan melahirkan tindakan yang tidak rasional pula, misalnya tidak membenarkan pasangannya pergi kerja kerana takut diganggu / direbut orang.



Bagi Individu

BerkenaanAkibat atau kesan jangka pendek dan jangka panjang. Bagi individu yang berkenaan ialah akan berada dalam keadaan atau kedudukan emosi yang tidak tetap dan menjadi terlalu sensitif. Individu tersebut mudah curiga kepada teman, sahabat, aktiviti, pekerjaan, bahkan keluarga pasangannya.

Selain itu dia menjadi mudah marah, cepat tersinggung dan bagi sebahagian orang bahkan ada yang sanggup bertindak agresif dan kasar demi mengendalikan keinginan dan kehidupan pasangannya. Pasangannya tidak diizinkan untuk mempunyai agenda tersendiri; pada dasarnya harus mengikuti keinginannya dan seratus peratus memperhatikannya.

Individu tersebut juga mudah merasa lemah, pesimis dan rimas. Sebabnya ialah seluruh tenaganya sudah digunakan untuk mengawal ketakutan yang tidak beralasan dan melakukan tindakan untuk mengawal sempadan pertahanannya. Jadi, kehidupan sedemikian akan membuatkan dirinya menjadi manusia yang tidak produktif. Sehari-hari yang difikir dan diusahakannya hanyalah bagaimana supaya miliknya terjaga rapi tanpa sebarang gangguan penceroboh.



Bagi Pasangan

Ramai orang yang tidak sedar bahawa dirinya terlibat dalam pola hubungan yang ´addictive´ sehingga akhirnya ia merasa ´stress´, tertekan namun tidak berani atau takut atau tidak bertenaga untuk memutuskan hubungan yang sudah berjalan beberapa waktu.

Bagi sebahagian orang yang cukup sedar dan mempunyai kekuatan peribadi, ia akan berani mengambil sikap tegas dalam menentukan arahnya sendiri. Namun, ramai pula orang yang memilih untuk tetap dalam lingkaran ´demand-supply´ tersebut kerana ternyata dirinya sendiri juga mengalami masalah dan keperluan yang sama.

Jika demikian halnya, maka hubungan yang ada bukannya mengembang dan mendewasakan kedua-dua belah pihak, malah semakin memperkuatkan kebergantungan cinta kedua-duanya. Situasi inilah yang sering dikaburkan dengan hubungan yang romantis dan cinta buta.



♥ Jenis-Jenis Cinta ♥

Apakah jenis cinta saya dan pasangan?

Secara sedar ataupun tidak, berdasarkan pengalaman, pembacaan ataupun pemerhatian, setiap individu yang bercinta mempunyai gaya tersendiri dalam menunjukkan rasa cinta masing-masing. Kajian menunjukkan terdapat enam jenis cara gaya cinta yang biasa dipertontonkan oleh individu yang sedang bercinta iaitu Eros, Ludus, Storge, Mania, Agape dan Pragma (Lee, 1973). Walau bagaimanapun, perlakuan cara gaya cinta individu tidak terhad kepada satu sahaja dan boleh berubah mengikut masa dan pasangan yang berbeza.

Eros diklasifikasikan sebagai cinta romantik. Daya tarikan fizikal diutamakan dalam jenis cinta ini (cinta pandang pertama). Cinta jenis ini juga dicirikan oleh percampuran emosi, keasyikan, seksual yang kuat dan mereka yang menggayakan cinta jenis ini ingin menikmati kegemilangan dalam cintanya.

Ludus adalah cinta permainan. Ia digambarkan dengan individu yang mempunyai ciri mementingkan diri sendiri, suka menggoda tetapi tidak inginkan hubungan intim, tidak gemarkan pasangan yang terlalu bergantung, kurang mesra dan tiada rancangan jangka panjang. Cinta jenis ini juga dikelaskan sebagai cinta yang tiada komitmen dan banyak kerahsiaan.

Terdapat juga individu yang lebih menitikberatkan per-kongsian aktiviti berbanding penglibatan emosi yang mendalam dalam hubungannya. Mereka yang sebegini dikategorikan sebagai individu yang menggayakan cinta jenis storge iaitu cinta kawan karib di mana perasaan itu terhasil daripada perhubungan erat dan mesra yang sudah lama terjalin. Mereka yang berada dalam kategori jenis ini dikatakan lebih logikal di mana perkongsian harapan adalah secara terbuka, jarang merajuk dan rasa cemburu dan seandainya perpisahan terjadi, ia tidak akan menimbulkan kerisauan.

Individu yang menunjukkan kecintaan mereka dengan cara yang keterlaluan atau melampau digelar Mania. Mereka ini mahukan rasa kepunyaan dan sentiasa memikirkan berkenaan pasangan, kasih sayang, mahukan perhatian, kepastian dan ketulusan yang berpanjangan. Mereka juga mengawal dan mengongkong pasangan, cemburu buta dan sentiasa berada dalam kerisauan kerana bimbang cinta akan berkurangan atau hilang.

Pragma atau cinta logikal adalah cinta yang lebih praktikal dan realistik. Individu yang menggayakan cinta jenis ini suka memikirkan keuntungan peribadi dalam perhubungan. Mereka juga inginkan keserasian latar belakang mereka dengan pasangan yang ingin didampingi. Perasaan cinta hanya timbul selepas membuat perhitungan bahawa pasangan itu benar-benar layak untuknya.

Agape adalah cinta pengorbanan. Individu yang mempunyai cinta jenis ini berhati mulia, mesra dan tidak mengharapkan balasan daripada orang yang dicintainya serta sedia memaafkan kesilapan pasangannya. Mereka memberikan kasih sayang dengan sepenuhnya, berusaha membahagiakan pasangan dan sanggup menangguhkan kepentingan sendiri demi pasangan. Individu yang berada dalam kategori ini sering ditindas atau dimanipulasikan oleh pasangan. Walau bagaimanapun, mereka menganggap penindasan hanya suatu yang tidak disengajakan!

Sudahkah saudara mengenal pasti jenis cinta saudara sendiri? Sudahkah saudara mengetahui jenis cinta yang digayakan oleh pasangan saudara? Maka, sejauh manakah ketulusan dan keaslian cinta saudara berdua? Sekiranya saudara pasti terdapat penipuan dan penindasan dalam hubungan cinta, apa tindakan yang wajar diambil? Dengan maklumat dan pengetahuan yang ada, jawapan di tangan saudara!

Cinta boleh juga dikelaskan kepada lapan bentuk mengikut variasi kemesraan, komitmen dan keghairahan (Steinberg, 1987).

Liking adalah cinta yang mempunyai dimensi kemesraan sahaja.?
Empty adalah cinta yang mempunyai unsur komitmen sahaja.?
Infatuation adalah cinta yang dicirikan oleh unsur keghairahan sahaja.?
Companionate adalah gabungan kemesraan dan komitmen?
Romantic adalah gabungan kemesraan dan keghairahan.?
Fatuous adalah gabungan komitmen dan keghairahan.?
Consummate adalah gabungan unsur kemesraan, komitmen dan keghairahan.?
Nonlove tiada sebarang komponen cinta
.

Bagaimana saya hendak berdepan dengan masalah putus cinta sekiranya ia terjadi?

Fenomena putus cinta adalah lumrah dalam kehidupan terutama ketika zaman remaja. Ia adalah suatu proses yang menyedihkan, namun tahap kesedihan itu bergantung pada tahap keseriusan hubungan yang sudah sekian lama terjalin.

Fenomena ini berlaku atas kerelaan kedua-dua pihak ataupun disebabkan desakan satu pihak sahaja. Ia lazimnya terjadi atas beberapa sebab:

Tiada keserasian atau kesesuaian antara pasangan dalam aspek tertentu.?
Mempunyai pilihan yang lebih baik.?
Tiada kejujuran?
Tiada kesetiaan?
Hilang kepercayaan?


Walau apa pun yang terjadi, fenomena putus cinta ini tidak perlu dijadikan penghalang untuk kita meneruskan kehidupan ini. Dengan itu, seseorang yang telah mengalami putus cinta harus berfikiran positif dan menerima hakikat kehidupan supaya mengelak daripada berlaku perkara negatif seperti tidak mahu berkahwin seumur hidup, melabel kaum lelaki atau wanita dengan ciri yang negatif dan membunuh diri.

Fikirkanlah rasional-rasional di bawah bagi mengatasi kesedihan dan kekecewaan yang dialami dan seterusnya meningkatkan semangat untuk terus berjuang dalam hidup.Mengambil langkah lebih berwaspadaApa yang dialami seeloknya dijadikan pengajaran dan pengalaman yang tidak ternilai harganya. Ini dapat mem?bantu individu ketika berhasrat hendak menjalin hubun?gan cinta dengan pasangan lain.

Fenomena ini juga membuatkan seseorang itu berfikiran lebih matang dalam mengharungi kehidupan yang sememangnya penuh den?gan dugaan dan cabaran.?Manusia semuanya tidak sama?Kita tidak boleh beranggapan semua lelaki atau wanita adalah sama. Ini kerana setiap individu mempunyai tret personaliti yang tersendiri. Mungkin selepas daripada peristiwa itu, kita akan menemui seorang insan yang lebih baik dan sesuai untuk kita jadikan teman hidup.


♥ Bagaiman Proses Bercinta ♥

Bagaimana proses bercinta?

Individu yang sedang bercinta juga dikatakan melalui beberapa proses sebelum mencapai suatu bentuk hubungan yang benar-benar stabil di mana kedua-duanya sudah bersedia untuk memasuki alam perkahwinan.Pada peringkat permulaan, kedua-dua pasangan berasa selesa di mana masing-masing saling memahami antara satu sama lain. Dalam hal ini, konsep kufu memainkan peranan penting. Latar belakang individu mempengaruhi kesesuaian kedua-dua pasangan dalam menjalin hubungan.

Apabila kedua-dua pasangan sudah berasa selesa dan serasi, akan timbul keyakinan hendak mendedahkan maklumat diri masing-masing dan berkongsi rahsia peribadi. Walau bagaimanapun, ada juga individu yang berhati-hati dalam mendedahkan maklumat diri kerana masih memikirkan risiko ataupun kesan negatif jika hubungan cinta itu tidak sampai ke jinjang pelamin. Selepas memperoleh keadaan yang selesa juga, masing-masing akan menyatakan perasaan atau hasrat yang tersendiri.

Apabila kedua-dua pasangan sudah berkongsi mak-lumat dan rahsia peribadi serta meluahkan perasaan masing-masing, akan wujud sikap saling memerlukan antara satu sama lain untuk berkongsi berbagai-bagai perasaan seperti gembira, sedih dan sebagainya. Pada peringkat ini, lazimnya aktiviti berjumpa atau dating semakin kerap dilakukan dan hidup seolah-olah tidak lengkap tanpa ?si dia?. Hati seperti tidak tenteram jika tidak dapat bertemu dengan ?si dia? dalam suatu tempoh masa.Dengan ini, akan wujud suatu keperluan lain yang lebih intim iaitu keperluan untuk sayang menyayangi dan kasih mengasihi.

Pada tahap ini, kedua-dua individu berupaya menunjukkan komitmen yang tinggi pada pasangan masing-masing.Dalam konteks budaya Malaysia, perhubungan itu dikata-kan intim apabila berlaku perkongsian emosi dan wujud komitmen antara dua individu, lelaki dan wanita. Lazimnya, mereka yang intim memperuntukkan sebilangan masa untuk berkongsi aktiviti seperti makan, beriadah dan menonton.

Pasangan yang terlibat dalam hubungan intim saling mempercayai antara satu sama lain dan sanggup berkorban apa sahaja demi pasangan. Maka, di sinilah setiap individu perlu sedar dan berwaspada serta memainkan peranan aktif sebagai individu yang berakhlak mulia dan beretika bagi mengelak daripada melakukan perkara yang melanggar norma sosial masyarakat. Ahli masyarakat seperti ibu bapa, jiran tetangga dan rakan taulan yang berada di sekeliling juga perlu berperanan aktif dan bertanggungjawab dalam mengawasi pasangan seperti ini bagi mengelak daripada berlakunya perkara tidak bermoral.



♥ Perlakuan orang Bercinta ♥

Apakah perlakuan orang bercinta?




Semasa bercinta, terdapat beberapa perlakuan yang lazim dipamerkan oleh kedua-dua pasangan bagi menunjukkan rasa cinta masing-masing. Bagi individu yang suka berterus terang, mereka akan menyatakan perasaan cinta secara lisan tanpa berselindung supaya mesej yang disampaikan adalah jelas.

Namun, ada juga individu yang tidak selesa untuk berterus terang, lalu hasrat cinta dilafazkan secara perlahan-lahan semasa berkomunikasi berkenaan isu seperti perkongsian maklumat diri dan juga kisah semasa ataupun dengan menunjukkan perasaan cinta secara kebendaan contohnya, menghadiahkan bunga mawar ataupun kereta mewah ataupun memberikan wang ringgit.

Ada juga yang menunjukkan perasaan cinta secara bukan kebendaan contohnya, menyokong pendapat ataupun menghormati pendirian. Selain itu, terdapat juga yang tidak menyatakan sebarang perasaan cinta, berkomunikasi secara intim atau memberikan hadiah, namun menunjukkan rasa cintanya dilahirkan dengan mendekatkan jarak fizikal apabila mengadakan temu janji (berada pada jarak yang lebih hampir berbanding sebelum bercinta).



♥ Bagaimana Kita Bercinta ♥

Bagaimana lelaki bercinta?

Orang lelaki digeneralisasikan sebagai individu yang mudah tertarik kepada pasangan dan lebih cenderung mendapatkan keseronokan dalam perhubungan. Kebanyakan hubungan yang diwujudkan oleh lelaki adalah dengan hasrat untuk jatuh cinta dengan pasangannya.

Bagaimana wanita bercinta?

Cinta bagi wanita pula adalah sesuatu yang tulus ikhlas. Ia dikatakan sebagai penentu terbaik terhadap masa depan perhubungan intim yang terjalin. Selain tarikan fizikal, wanita lazimnya mempertimbangkan aspek lain seperti emosi dan ekonomi yang ada pada pasangannya sebelum meneruskan hasrat cinta. Wanita juga lebih serius dalam hubungan cinta. Selain itu, wanita lebih ekspresif apabila mereka memberi komitmen yang tinggi pada pasangannya.

Bagaimana lelaki memikat wanita?

Kaum lelaki lazimnya cuba memikat wanita dengan melakukan aksi-aksi tertentu. Antaranya adalah dengan melontarkan satu renungan tajam kepada seseorang wanita yang diminatinya. Ini bertujuan untuk memberitahu bahawa dia begitu berminat dengan wanita itu dan berhasrat supaya mendapat respons atau reaksi positif daripadanya.

Selain itu, terdapat juga sesetengah lelaki yang berlagak macho dengan mempamerkan susuk badan yang gagah dengan harapan ada gadis yang akan terpikat atau tertarik padanya. Apabila lelaki berkesempatan untuk berkomunikasi dengan wanita yang diminatinya, dia akan menceritakan berkenaan kebaikan dirinya, kejayaan hidup-nya dan lain-lain gambaran positif berkenaan diri dan kehidupannya. Ini bertujuan untuk memberitahu wanita itu bahawa dia adalah seorang yang baik hati, berwawasan dan berjaya dalam hidup.

Tidak kurang juga lelaki yang menunjukkan sikap pemurah sebagai cara hendak memikat wanita. Mereka berbudi dengan memberikan hadiah, belanja makan, mengajak untuk bersiar-siar menaiki kenderaannya dengan hasrat dapat memancing hati wanita itu. Namun, berwaspadalah kaum wanita kerana tidak semua lelaki bersikap ikhlas dan jujur.

Bagaimana wanita memikat lelaki?

Kaum wanita turut mempamerkan aksi-aksi tertentu dengan tujuan memikat lelaki ataupun dengan harapan ada lelaki yang terpikat padanya. Seperti juga lelaki, apabila wanita mula meminati seseorang lelaki, dia memberi renungan tajam dengan harapan lelaki itu menyedari ada individu lain yang menghargai kehadirannya dan memerhatikan gerak-gerinya. Sebagai balasan, wanita mengharapkan respons positif daripadanya.

Walau bagaimanapun, tidak semua wanita mempunyai ?keberanian? untuk bertingkah laku demikian. Selain itu, terdapat sesetengah wanita yang menonjolkan diri dengan bersolek supaya ada lelaki yang tertarik padanya. Walau bagaimanapun, kaedah ini agak keterlaluan bagi masyarakat beragama Islam dan perbuatan sebegini biasanya dilakukan oleh orang Islam yang kurang kesedaran keagamaan ataupun kurang berpegang teguh kepada ajaran agama. Malah, Islam hanya membenarkan wanita bersolek dan berhias untuk tatapan suami sahaja.

Wanita juga akan berpenampilan menarik sebagai tujuan memikat lelaki. Penampilan itu adalah daripada berbagai-bagai aspek seperti penonjolan bentuk badan, cara berpakaian dan cara berjalan. Dalam kaedah ini, walaupun seseorang itu kurang kelihatan menarik daripada segi rupa paras, mereka masih boleh lagi kelihatan menarik dengan menggayakan penampilan tertentu. Kesempatan ini harus diambil oleh kaum wanita untuk mempamerkan ciri wanita anggun dan bergaya tetapi pada masa yang sama menjaga kesopanan diri.

Ini kerana bagi lelaki, bagi mendapatkan keseronokan, mereka akan berkawan dengan sesiapa sahaja (wanita) asalkan wanita itu respons padanya dan dapat memenuhi keperluan instrumental. Namun, untuk dijadikan teman hidup, mereka tetap memilih wanita yang baik, bersopan santun, berakhlak mulia, menjaga kehormatan diri.



♥ Erti Cinta ♥

Apa itu cinta?



Cinta adalah emosi manusia yang universal. Cinta juga sejenis perasaan tersendiri yang dilahirkan dalam bentuk tingkah laku. Ia sukar didefinisikan dengan tepat kerana ia bergantung pada konteks rujukan. Malah, ajaran Islam juga menuntut umat-Nya supaya mempunyai perasaan cinta iaitu mengasihi dan menyayangi diri sendiri dengan tidak melakukan perkara mungkar, mengasihi dan menyayangi saudara seagama juga makhluk Tuhan yang lain seperti haiwan dan tumbuhan.



Dalam konteks praperkahwinan, cinta adalah suatu perasaan yang wujud dalam diri individu apabila dia menyukai orang yang berlainan jantina atas sebab tertentu seperti kecantikan paras rupa, kebaikan hati budi, kebijaksanaan, kesihatan fizikal, kemesraan dan keramahan mulutnya. Seseorang juga boleh jatuh cinta disebabkan oleh faktor lain seperti sosioekonomi, bangsa, agama dan pendapatan.Lelaki dan wanita mempunyai cara tersendiri dalam meluahkan perasaan cinta dan menyatakan komitmen dalam sesebuah perhubungan intim. Pada umumnya, lelaki lebih mementingkan aspek instrumental seperti perkongsian aktiviti dan menjadi teman. Namun, kaum wanita lebih mementingkan aspek emosional iaitu perkara yang berkait- an dengan perapatan, perkongsian rahsia peribadi dan komunikasi.



Cinta adalah aspek penting dalam kehidupan. Oleh kerana itu, cinta memainkan peranan yang besar dan kesannya begitu kritikal ke atas kehidupan. Ini kerana ada individu yang sanggup mengorbankan masa, tenaga, harta benda demi cinta. Malah ada juga segelintir individu yang sanggup mengorbankan maruah dan nyawa demi cinta yang dianggap begitu sejati. Namun, sejauh manakah kita dapat mengetahui bahawa cinta itu sejati, ikhlas ataupun hanya sekadar mainan kehidupan, kupasannya dalam ? jenis cinta?